CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

[Kedah] LIMA '23: Pesawat tentera dan aerobatik mula tiba di LTAL

[Copy link]
Post time 18-5-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode
LIMA '23: Pesawat tentera dan aerobatik mula tiba di LTAL


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my



Pesawat J-10C pasukan aerobatik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) August 1 telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL). FOTO IHSAN FACEBOOK LIMA 2023




Langkawi: Kesibukan dirasai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di Padang Matsirat, di sini, apabila pesawat pengangkut dan jet pasukan aerobatik mula tiba berperingkat, sejak petang semalam.

Malah, tinjauan mendapati pendaratan bersilih ganti pelbagai aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang bermula Selasa ini.

Difahamkan, pesawat Sukhoi SU-30MKM, F/A-18D Hornet dan Hawk serta pelbagai jenis helikopter termasuk yang terbaharu jenis MD530G yang sebelum ini mengadakan latihan di Pangkalan Udara Butterworth juga akan tiba di LTAL di sini, hari ini.

Berdasarkan laman Facebook rasmi LIMA 2023, tujuh pesawat J-10C pasukan aerobatik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) August 1 mendarat di LTAL petang semalam.

Pasukan itu yang dilancarkan lebih enam dekad lalu dikatakan sudah melakukan 700 pertunjukan udara di lebih 170 negara dan wilayah.

Sementara itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kebersihan LIMA '23 kini giat mengkoordinasi persediaan tapak dan pemantauan tahap kebersihan di persekitaran Langkawi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, berkata Langkawi sudah bersedia sepenuhnya menjadi tuan rumah kepada acara berprestij itu.

"Ini kerana projek menaik taraf Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dari segi sistem mekanikal dan elektrikal siap sejak 13 April lalu iaitu mengikut jadual ditetapkan dengan kos keseluruhan mencecah RM45 juta.

"Sehubungan itu, dewan pameran itu kini berfungsi dengan baik dan sedia untuk digunakan untuk penganjuran LIMA '23 yang bermula Selasa ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Wan Kamarul Faisal berkata, antara skop kerja menaik taraf MIEC termasuk menaik taraf sistem penghawa dingin, penukaran sistem elektrik, selain beberapa kerja peningkatan infrastruktur bagi kemudahan parkir.



Disiarkan pada: Mei 18, 2023 @ 11:04am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.276576 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list