CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tikus salai dibawa penumpang Vietnam dirampas

[Copy link]
Post time 18-5-2023 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tikus salai dibawa penumpang Vietnam dirampas

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI    18 Mei 2023    08:39am





Sepuluh kg tikus salai dirampas daripada penumpang Vietnam di LTAPP pada Rabu.




BAYAN LEPAS - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk dagangan keluaran hasilan haiwan iaitu tikus salai tanpa kebenaran di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini pada Rabu.

Pengarahnya, Muhammad Ikram Abdul Talib berkata, pihaknya merampas 10 kilogram tikus salai tersebut yang bernilai RM1,000.

Menurutnya, rampasan itu dilakukan hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Ia berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan pemeriksaan oleh pegawai Maqis di LTAPP pada semalam.

"Hasilan haiwan iaitu tikus salai tersebut dijumpai semasa pemeriksaan bagasi terhadap seorang penumpang dari Vietnam. Kita merampas tikus salai berkenaan selepas mendapati ia dibawa masuk ke negara ini tanpa kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.



Seorang pegawai Maqis Pulau Pinang memeriksa tikus salai yang dirampas kerana dibawa masuk ke negara ini tanpa kebenaran.





Kata beliau, perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.


"Maqis sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara," katanya.



Sepuluh kg tikus salai dirampas daripada penumpang Vietnam di LTAPP pada Rabu.





Beliau menambah, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.047873 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list