View: 791|Reply: 12
|
Tiket Coldplay Licin Dalam Masa Tiga Jam, Ulat Tiket Jual Semula Sampai Berpuluh Ribu Ringgit
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi rebutan jutaan rakyat Malaysia habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas kaunter tiket online dibuka pukul 10 pagi tadi.
Penganjur konsert, Live Nation mengumumkan kaunter jualan tiket ditutup 1 tengah hari tadi dalam satu kenyataan menerusi laman sosial mereka.
“Kami ingin berterima kasih atas sokongan luar biasa terhadap Coldplay live di Kuala Lumpur dan menanti-nantikan kehadiran anda.
“Tidak sabar bertemu anda semua pada 22 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” tulis kenyataan itu.
Semalam, prajualan tiket konsert band asal United Kingdom itu menyaksikan 400,000 peminat menunggu membeli tiket secara maya, sekali gus mencipta rekod baharu buat penganjur, GoLive Asia.
Penganjur turut menjelaskan aliran trafik di laman sesawang dan aplikasi pembelian tiket bertukar perlahan akibat jumlah trafik yang tinggi.
Senario tersebut juga didakwa sesetengah pihak dicetuskan ‘scalper’ atau individu tidak bertanggungjawab yang membeli tiket bagi dijual semula pada harga lebih tinggi bagi mendapat keuntungan.
Dalam beberapa platform media sosial, beberapa pengguna dilihat sudah mula menawarkan semula tiket pada harga tinggi sehingga mencecah RM43,200, sedangkan tempat duduk kategori 1 itu hanya RM1,288 di laman web rasmi Go Live-Asia.
Walaupun Live Nation memberi amaran supaya tidak membeli tiket daripada pihak atau syarikat tidak sah, perkara itu seakan tidak diendahkan ‘ulat’ yang masih berani meletak tawaran.
Sementara itu, menerusi tinjauan dalam laman sembang, ramai peminat meluahkan rasa hampa selepas tidak berjaya meloloskan diri menjadi antara puluhan ribu penonton pertama band tersebut di negara ini.
“Buang masa 8 jam tanpa apa-apa. Tolonglah hentikan penjual semula tiket. Saya beratur dari semalam, tetapi tiada rezeki,” itu antara komen orang ramai.
Tidak kurang juga mempertikaikan sistem menunggu yang disifatkan tidak efisyen dan telus.
“Ada yang masuk lebih lewat berjaya mendapatkan tiket. Adakah anda sebenarnya memberikan keutamaan kepada mereka yang pernah membeli tiket konsert sebelum ini,” luah peminat lain.
Pada masa sama, dalam kalangan penggemar tegar mengharapkan keajaiban meminta penganjur menambahkan satu lagi persembahan.
Sejak semalam ketika pra penjualan untuk pemegang kad CIMB, masing-masing mendedahkan melakukan pelbagai strategi termasuk menggunakan banyak peranti serentak, selain berpakat ‘battle’ secara berkumpulan.
Coldplay yang memulakan siri jelajah sejak Mac tahun lalu turut singgah di Jepun pada 6 dan 7 November, disusuli Taiwan (11 November); Indonesia (15 November) dan Australia (18 November), sebelum ke Kuala Lumpur untuk hentian terakhir di Asia.
Terdahulu, harga tiket menyaksikan konsert ini di Malaysia bermula pada kadar RM228 sehingga mencecah RM3,088. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Gilanya derang ni. Mujurla aku jenis minat retis bukan sampai tahap taksub. Sampai nak gi bersesak tgk konsert bagai. Mujurlah! |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh report kpdn kalau resell ticket harga berganda dari asal. Lagi baik jgn beli langsung biar diorang melingkup dgn tiket2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 17-5-2023 11:20 PM
Boleh report kpdn kalau resell ticket harga berganda dari asal. Lagi baik jgn beli langsung biar dio ...
kalau up harga max rm50 boleh la kot beli |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang ni fanatik sgt smpi mcm sembah setan nk g tgk konsert tu. Kt opis iols bdk2 pompuan pun bkn main terikut nk g beli smpi sibuk kecoh 2,3 hari masa dpt berita. Bila iols tanya album2 awal coldplay haram dorang x tau. Tp sibuk nk nmpk trending. #fomo |
|
|
|
|
|
|
|
Puak2 Melayu Islam PH bila minta sedekah RM50 ke masjid menggeletar tangan.... Konsert musyrikin Madani camni habis ribu2 takpe |
|
|
|
|
|
|
|
Klo konsert Beyonce aku sanggup redah. Tp dah kena ban.. frustlaa..
|
|
|
|
|
|
|
|
yg datang tu nanti faham ke maksud lirik lagu yg akan dinyanyikan. nanti jadi sekelompok ummah duk layan lagu bahasa korea/jepun/hindustan yg maksudnya byk menghina agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Meolls tau lagu Yellow tu je.. yg lain haremmmmm tatau |
|
|
|
|
|
|
|
patut la derang nak sgt buat kat malaysia pulak concert ni, last 5 tahun lepas dah buat kat singapore dan bangkok, sambutan pun luar biasa |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 18-5-2023 06:09 AM
Klo konsert Beyonce aku sanggup redah. Tp dah kena ban.. frustlaa..
Bole je Queen Bey tu nk wat concert kt sini. Tp ego dia besar sgt x nk patuthi peraturan persembahan sini. Lgpun better lah x yah kang dia flash symbol2 tiga segi masa konsert nanti lg susah |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 18-5-2023 05:37 AM
Dorang ni fanatik sgt smpi mcm sembah setan nk g tgk konsert tu. Kt opis iols bdk2 pompuan pun bkn m ...
aku lahir 90s pon tatau sepatah haram lirik coldplay, lagu2 yg org rec kata best pon dah gi dgr tapi tak kena selera telinga la. kalau bbnu gen z ni mmg spesis trend followers, org hype yg tu dia pon pakat acah2 skali |
|
|
|
|
|
|
| |
|