CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Kedah] 61 penagih dadah di Langkawi ditangkap

[Copy link]
Post time 17-5-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Wan Hassan Wan Ahmad. FOTO Bernama.

Alor Setar: Polis menahan 61 individu yang membabitkan 45 kes tangkapan penagih dadah dalam dua siri operasi yang berlangsung di Langkawi pada 6 dan 7 Mei lalu serta 13 dan 14 Mei lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, operasi itu adalah tindakan pembanterasan penyalahgunaan dadah sebelum berlangsungnya Pameran Udara dan Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA '23) di Langkawi.

Beliau berkata, bagi memastikan keadaan keselamatan sempena LIMA '23 berjalan lancar dan selamat, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah dan JSJN Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menjalankan operasi itu dalam usaha menangani masalah penyalahgunaan dadah.

"Dalam operasi itu, kita menahan tujuh individu membabitkan empat kes bagi Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan enam tangkapan membabitkan tiga kes mengikut Seksyen 39B A(2) ADB 1952.

"Bagi Seksyen 39A (1) ADB 1952, sebanyak empat tangkapan membabitkan dua kes dilakukan, manakala Seksyen 12(2) ADB 1952 pula, sebanyak 24 tangkapan membabitkan 16 kes, Seksyen 6 ADB 1952 pula membabitkan satu kes dan satu tangkapan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Hassan berkata, pihaknya turut melakukan dua tangkapan membabitkan dua kes bagi Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan 17 tangkapan bagi Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.

Beliau berkata, Polis Kontinjen Kedah memandang serius isu keselamatan sewaktu Pameran LIMA '23 berlangsung kerana ia adalah acara yang membabitkan penyertaan antarabangsa.

"Pencegahan aktiviti penyalahgunaan dadah akan diteruskan bagi memastikan program ini berjalan lancar dan selamat.

"Tindakan operasi akan terus dijalankan sepanjang tahun dalam usaha membanteras pengedaran dadah dan berharap masyarakat terus bekerjasama dengan polis menyalurkan maklumat untuk memudahkan tindakan diambil bagi menghapuskan penyalaggunaan dadah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -langkawi-ditangkap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.052796 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list