CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekalan air di Pulau Pinang hampir 100 peratus pulih

[Copy link]
Post time 17-5-2023 03:22 PM | Show all posts |Read mode

Bekalan air di Pulau Pinang hampir 100 peratus selesai. - FOTO MEDIA SOSIAL


GEORGE TOWN – Bekalan air kepada pengguna yang terjejas akibat kejadian paras air Sungai Muda menurun pada Ahad lalu telah hampir 100 peratus dipulihkan setakat pukul 11 pagi tadi.

Menurut kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), hanya sesetengah kawasan masih mengalami isu tiada bekalan air.

Katanya, ini adalah disebabkan oleh isu berkaitan paip pecah, angin di dalam paip dan sistem retikulasi dalaman yang melibatkan sistem pam air dalaman dalam premis blok pangsapuri.

“Sehingga pukul 11 pagi hari ini, bekalan air telah dinormalisasi untuk hampir 100 peratus pengguna air Pulau Pinang yang terjejas akibat kejadian paras Sungai Muda pada Ahad lalu.

“PBAPP sedang memantau dengan teliti kestabilan keseluruhan sistem bekalan air Pulau Pinang ke arah fasa pemulihan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penurunan mendadak paras air Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang pada pukul 5 pagi, Ahad lalu telah menyebabkan pengeluaran Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua terjejas.

Kenyataan PBAPP berkata, pasukan kerja PBAPP masih bekerja keras untuk menyelesaikan isu di lapangan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -100-peratus-pulih/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.076914 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list