CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

[Pulau Pinang] Henti sensasikan, isu laungan azan sudah selesai

[Copy link]
Post time 17-5-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Henti sensasikan, isu laungan azan sudah selesai


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



DATUK Khaw Kok Chin memberi kenyataan media mengenai isu larangan azan menggunakan pembesar suara di sebuah kawasan perumahan di Tanjung Tokong, Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong




Georgetown: Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada pihak yang cuba mensensasikan isu laungan azan di Tri Pinnacle, Tanjong Tokong di sini, sehingga menimbulkan kegusaran awam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, ia berikutan isu antara Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinnacle dengan Ahli Jawatankuasa Surau Saidina Umar itu sudah selesai.

Katanya, setakat ini pihaknya menerima sebanyak 21 laporan polis berhubung isu berkenaan dan siasatan yang sedang dijalankan diambil alih Bukit Aman.

"Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) juga menjadi saksi perbincangan yang dihadiri pelbagai pihak, semalam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Menurut Kok Chin, isu berkenaan juga sudah selesai dan tidak timbul seperti yang ditularkan baru-baru ini yang boleh menimbulkan kegusaran awam dan membangkitkan kemarahan selain berbaur perkauman.

"Semua pihak dan masyarakat di Pulau Pinang pada masa ini berada dalam keadaan aman cuma sesetengah pihak cuba menggunakan media sosial bagi membangkitkan kemarahan," katanya.

Terdahulu media melaporkan mengenai video tular mesyuarat JMB itu yang mengaitkan isu penggunaan pembesar suara bagi laungan azan di surau berkenaan.

Difahamkan, antara usul yang dicadangkan ialah supaya pembesar suara diletakkan di dalam surau serta kelantangan pembesar suara laungan azan direndahkan, selain mencadangkan laungan azan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp.

Semalam, Pengerusi JMB Tri Pinnacle, Alex Low tampil memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Islam berhubung isu itu pada sidang media khas yang turut dihadiri Ahmad Zakiyuddin dan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor di kondominium berkenaan.

Bagaimanapun, sidang media sedikit kecoh apabila terdapat penduduk yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi.

Ahmad Zakiyuddin turut menuntut pempengaruh media sosial, Mohd Sophian Mohd Zain supaya mengemukakan permohonan maaf susulan beberapa video yang dimuatnaik menimbulkan sensasi dan kegusaran kalangan masyarakat.



Disiarkan pada: Mei 17, 2023 @ 12:40pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.104354 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list