CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

[Kedah] Pati warga Myanmar kaya 'jual' rakan senegara

[Copy link]
Post time 17-5-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Pati warga Myanmar kaya 'jual' rakan senegara


Izad Thaqif Hassan
am@hmetro.com.my



TEKONG darat warga Myanmar ditahan bersama empat rakan senegara dalam Op Serkap dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah. FOTO ihsan JIM




Alor Setar: Seorang tekong darat warga Myanmar mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sejak beberapa tahun lalu dengan menyeludup rakan senegara dari Langkawi untuk dihantar ke tanah besar jika ada permintaan.

Lelaki berusia 23 tahun itu masuk ke negara ini secara sah namun tidak pulang apabila Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) miliknya tamat tempoh dan dikatakan mengenakan bayaran RM1,500 bagi setiap rakan senegara yang diseludup dari pulau peranginan itu.

Malah, dia juga dikatakan sedang mengumpul wang untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara (MyKad) dipercayai daripada sindiket.

Aktiviti lelaki itu terbongkar apabila dia ditahan 2.30 petang semalam bersama empat rakan senegaranya di Persiaran Bunga Raya, Kuah dekat sini.

Tangkapan susulan operasi Jabatan Imigresen Kedah diketuai Ketua Unit Aduan, Risikan dan Operasi, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Mohamad Rizal Ramli hasil risikan sejak beberapa bulan lalu.

Ketika ditahan, lelaki itu sedang menghantar empat rakan senegaranya dari Jeti Kuah ke Jeti Kuala Perlis selepas dikatakan menerima permintaan daripada beberapa majikan.

Susulan itu, enam lagi pendatang asing tanpa izin (Pati) masing-masing lima warga Myanmar iaitu tiga lelaki dan dua wanita serta seorang lelaki warga Pakistan turut ditahan selepas anggota Imigresen melakukan serbuan di sebuah bilik sewa di Pantai Chenang.

Difahamkan, bilik sewa itu dijadikan tempat mengumpul Pati terbabit sebelum diseludup keluar dari Langkawi ke tanah besar.

Hasil semakan akaun bank mendapati lelaki itu memiliki wang lebih RM10,000 dipercayai hasil kegiatan dilakukannya.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain, berkata siasatan lanjut mendapati semua Pati warga Myanmar itu dipercayai masuk ke Langkawi melalui jalan laut menggunakan khidmat tekong laut sejak beberapa minggu lalu secara berperingkat.

"Pemeriksaan lanjut juga mendapati mereka memiliki salinan pasport dan PLKS palsu yang dihantar ejen melalui pos dari Myanmar.

"Salinan dokumen palsu diperoleh dengan bayaran RM150 setiap satu dan ia digunakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa jika ditahan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, tekong darat terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26A dan Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 55E serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan semua Pati dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Pejabat Imigresen Langkawi untuk tindakan lanjut," katanya.




Disiarkan pada: Mei 17, 2023 @ 12:31pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062776 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list