CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 1

[Perlis] Jalan lama 'muncul' semula di Tasik Timah Tasoh

[Copy link]
Post time 17-5-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-5-2023 11:15 AM

Jalan lama 'muncul' semula di Tasik Timah Tasoh

oleh   WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR  17 Mei 2023   08:20am





Penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk melihat jalan lama yang 'muncul' selepas Tasik Timah Tasoh di Padang Besar menyusut akibat cuaca panas.




PADANG BESAR - Jalan lama yang tenggelam hampir 30 tahun lalu akibat pembinaan Empangan Tasik Timah Tasoh, dekat sini 'muncul' kembali selepas air menyusut disebabkan cuaca panas ketika ini.

Jalan sejauh kira-kira satu kilometer itu muncul di tengah laluan Tasik Timah Tasoh menarik perhatian orang ramai terutamanya pemancing yang mengambil kesempatan untuk memancing di situ.

Seorang penduduk, Mohd Fazli Osman, 38, berkata, kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat sendiri jalan lama tersebut yang masih lagi dalam keadaan baik dan ada yang mengambil kesempatan berjalan serta merakamkan gambar panorama indah itu.

Menurutnya, fenomena sama pernah dilihatnya berlaku pada tahun 2016 dan 2020 disebabkan keadaan musim panas yang melanda negara ketika itu.

"Saya selalu datang ke sini dan sudah biasa kerana perkara sama pernah terjadi pada tahun 2020. Betul-betul surut adalah pada tahun 2016 sampai nampak darat, jadi saya sudah tengok tiga kali fenomena ini.

"Tapi memang ramai orang ramai yang datang dan terkejut dengan keadaan ini kerana tidak biasa.

"Pada tahun 2016 memang nampak darat dan kampung yang lama di kawasan ini. Dasar tasik ini memang asal kawasan kampung dan ditenggelamkan bagi mewujudkan sebuah empangan seperti yang ada seperti hari ini," katanya yang sering hadir melakukan aktiviti berkayak, mengambil gambar dan memancing.






Jalan lama 'muncul' di Tasik Timah Tasoh di Padang Besar masih berada dalam keadaan baik walaupun ditenggelami air hampir 30 tahun. Gambar kecil: Mohd Fazli dan Mohd Fadley





Juruteknik sebuah syarikat penyedia kemudahan internet ini berkata, masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan di kampung berkenaan turut ditenggelamkan bagi menyiapkan empangan tersebut bermula pada tahun 1987 dan siap sepenuhnya pada 1992.

Sementara itu, bagi Mohd Ajmal Azlan Shah, 29, yang yang bekerja di Felcra Lubuk Sireh, dekat sini pula mengakui teruja dengan fenomena berkenaan kerana jarang berlaku.

Dia menjelaskan,maklum dengan sejarah pembinaan Tasik Timah Tasoh yang menelan belanja RM77 juta itu apabila hampir 400 peserta dari kampung di kawasan tasik itu dipindahkan ke Felcra Lubuk Sireh.

"Saya terkejut baru-baru ini apabila lalu di kawasan ini nampak jalan lama timbul. Saya tidak pernah tengok keadaan ini kerana sebelum ini selalu datang memancing dan kawasan sekitar dipenuhi air," ujar bapa kepada seorang cahaya mata ini.

Bagi seorang penduduk tempatan, Mohd Fadley Md Saad, 54, dia datang ke tasik berkenaan bersama isteri, Mastura Mustaffa, 47, apabila berkelapangan untuk menjala dan memancing ikan.

Menurutnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, hobi tersebut memberikan rezeki apabila sering membawa pulang hasil seperti ikan talapia, puyu dan sepat benua untuk dijadikan pekasam bagi kegunaan sendiri dan juga diberikan kepada jiran-jiran.

Mastura turut menjelaskan perkara sama dan musim panas yang melanda negara ketika ini memberikan pulangan rezeki kepada mereka yang datang mencari ikan air tawar di kawasan itu.



Cuaca panas menyaksikan air di Tasik Timah Tasoh di Padang Besar menyusut dan keadaan tanah turut merekah.



"Dulu ada kampung di dasar tasik ini dan mereka dipindahkan ke Felcra Lubuk Sireh. Keadaan tasik nampak surut dan boleh nampak tebing dan sekarang boleh nampak keadaan tanah merekah," katanya.

Berdasarkan rekod, Empangan Timah Tasoh dibina di bawah peruntukan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Malaysia (IADP) bagi bekalan air domestik atau perindustrian termasuk memenuhi keperluan pengairan 2,466 hektar tanah sawah penanaman padi dua kali setahun di kawasan utara dan tengah Perlis.

Kawasan berkeluasan 20 kilometer persegi tersebut mampu menakung air sebanyak 40 juta meter padu dan berfungsi sebagai sumber bekalan air domestik, pertanian serta kawalan banjir.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2023 11:18 AM | Show all posts
"Saya terkejut baru-baru ini apabila lalu di kawasan ini nampak jalan lama timbul. Saya tidak pernah tengok keadaan ini kerana sebelum ini selalu datang memancing dan kawasan sekitar dipenuhi air," ujar bapa kepada seorang cahaya mata ini.


nti salahkan matahari
tahun2 sebelum ni musim kering pun pernah timbul kawan fb siap buat ootd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052678 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list