CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

[Kedah] Paras Sungai Muda kembali normal, nelayan boleh tangkap ikan

[Copy link]
Post time 17-5-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN paras air Sungai Muda berhampiran Jambatan Merdeka yang sudah pulih sejak kelmarin.



SUNGAI PETANI – Paras Su­ngai Muda di Kedah dan Pulau Pinang yang susut mendadak Ahad lalu kembali pulih sejak kelmarin selepas takungan air Empangan Beris di Sik, dekat sini dilepaskan.

Tinjauan di Sungai Muda berdekatan Jambatan Merdeka di Tikam Batu, dekat sini semalam mendapati, nelayan su­ngai di situ telah mula menjala­ni aktiviti seperti biasa.

Sebahagian kawasan perumahan dan premis perniagaan juga sudah mula menerima bekalan air secara berperingkat.

Seorang nelayan, Ismail Abdullah, 48, berkata, dia berasa lega kerana pihak berkuasa mengambil tindakan pantas untuk mengatasi masalah tersebut.

“Air sungai sudah mula penuh sejak awal pagi semalam (kelmarin) dan terdapat sebilangan nelayan sungai yang sudah keluar menangkap ikan dan udang,” katanya di sini semalam.

Penduduk Kota Kuala Muda, Md. Saad Abdullah, 54, berkata, masalah gangguan bekalan air yang berlaku di situ juga sudah pulih sejak petang kelmarin.

“Bekalan air di sini pulih se­perti biasa pukul 5 petang semalam, namun saya difahamkan masih ada lagi beberapa kawasan di sekitar Sungai Petani yang masih terjejas,” ujarnya.

Kosmo! semalam melapor­kan, 251,800 akaun pengguna di Kuala Muda, Kulim dan sebahagian kawasan Baling terjejas akibat kerosakan mekanikal pada sensor automatik baraj Sungai Muda. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... boleh-tangkap-ikan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.111947 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list