CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

[Pulau Pinang] Isu laungan azan hampir selesai, dalam pemantauan MAINPP

[Copy link]
Post time 16-5-2023 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-5-2023 09:42 PM

Isu laungan azan hampir selesai, dalam pemantauan MAINPP

Oleh    SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI   16 Mei 2023     08:46pm





Ahmad Zakiyuddin (kanan) mengadakan sidang akhbar bersama Wan Salim di Tri Pinnacle Tanjung Tokong pada petang Selasa.




GEORGETOWN - Isu laungan azan di Surau Saidina Umar di Kondominium The Pinnacle di Tanjung Tokong sedang diuruskan dengan baik dan ia hampir diselesaikan oleh semua terlibat termasuk ahli jawatankuasa kariah, pentadbir surau dan pengurusan bangunan sendiri.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, bertepatan dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.3/2015 (2 Julai 2015) menyebut bahawa penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau dibenarkan bagi kegunaan azan dan iqamah sahaja.

"Azan di surau di sini masih berkumandang, tidak ada masalah, cuma apa yang kami ralat isu ini disalaherti sehingga menimbulkan implikasi bahawa azan tidak dibenarkan.

"Isu ini bagaimanapun masih dalam pemantauan malah azan tidak pernah dihentikan di surau di sini," katanya pada sidang akhbar di tingkat 46, Tri Pinnacle di sini pada Selasa.

Turut hadir, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinnacle, Alex Low, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor serta Pengerusi Surau Saidina Umar, Muhammad Nasir Abdul Majid.

Dalam pada itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, MAINPP kesal dengan peranan yang dimainkan oleh seorang pempengaruh media sosial bernama Mohd Sophian Mohd Zain yang terus membuat video kontroversi berkaitan isu tersebut.

"MAINPP menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Mohd Sophian, menurunkan segala video berunsur hasutan dan mengeluarkan satu video permohonan maaf kepada umat Islam demi menjernihkan persepsi negatif yang telah tersebar di negara ini.

"Tindakan beliau yang menangguk di air yang keruh ini boleh menimbul perasaan kebencian dan ketegangan di antara kaum dan agama.


"Sepatutnya beliau perlu lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan di dalam perkara yang sedang diuruskan oleh MAINPP dan agensi-agensinya. Dalam hubungan ini, berpada-padalah dalam berpolitik. Berpolitik untuk membangunkan masyarakat dan mensejahterakan rakyat amat digalakkan," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Nasir berkata, azan menggunakan pembesar suara di surau tersebut masih berkumandang sejak isu tersebut tercetus pada Mac lalu.

Katanya, azan di surau tidak pernah dihentikan malah dilaungkan seperti biasa dengan menggunakan pembesar suara.

Sementara itu, berlaku kekecohan apabila penduduk mempertikai penjelasan yang diberikan oleh Ahmad Zakiyuddin dan wakil JMB.

Ini kerana, wakil penduduk telah menerjah sidang media selain membuat provokasi ketika pengamal media sedang bertanyakan soalan kepada Ahmad Zakiyuddin.

Mohd Sophian yang turut hadir telah mencabar Ahmad Zakiyuddin menunjukkan bukti bahawa beliau menabur fitnah di dalam video yang ditularkan itu.

Bagaimanapun, Ahmad Zakiyuddin tidak melayan permintaan tersebut sebaliknya meminta wartawan untuk terus bertanya soalan berhubung isu tersebut.

Sidang media yang bermula pada jam 6.15 petang dan tamat kira-kira 7 petang itu bagaimanapun bersurai tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.447562 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list