CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 179|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Saya mohon maaf kepada penduduk, semua umat Islam' - Alex Low

[Copy link]
Post time 16-5-2023 09:38 PM | Show all posts |Read mode
'Saya mohon maaf kepada penduduk, semua umat Islam' - Alex Low


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



PENGERUSI Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinacle, Alex Low. FOTO Zuhainy Zulkiffli.




Georgetown: Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinacle, Tanjong Tokong, di sini, memohon maaf kepada penduduk dan masyarakat Islam mengenai isu penggunaan pembesar suara bagi laungan azan di Surau Saidina Umar.

Permohonan maaf itu dilakukan Alex Low secara terbuka ketika sidang media berhubung isu berkenaan di kondominium terbabit hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor.

Beliau berkata, pihaknya sama sekali tidak berniat melarang laungan azan menggunakan pembesar suara di surau berkenaan.

"Saya juga mewakili Ahli Jawatan Kuasa (AJK) JMB memohon maaf secara terbuka kepada penduduk Islam dan semua umat Islam mengenai isu ini.

"Secara peribadi juga saya memohon maaf jika ada perkataan menyinggung perasaan dan kami kesal serta kecewa kerana isu yang sepatutnya menjadi perbincangan dalam mesyuarat sudah menimbulkan salah faham," katanya.

Mengulas lanjut, Alex berkata menerusi mesyuarat pada 9 Mei lalu, AJK JMB pihak pengurusan surau sudah mencapai persetujuan dan penyelesaian berhubung isu itu dengan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia serta laungan azan adalah bagi mendirikan solat.

"Jadi kami ingin jelaskan bahawa video berkenaan bukan mengenai laungan azan tetapi mengenai pemasangan pembesar suara di surau dan agenda yang diusulkan pada 12 Mac lalu itu, sudah ditarik balik kerana ia amat sensitif bagi dibincangkan malah video penarikan juga turut direkodkan.

"Sekali lagi kami dengan rendah diri memohon maaf supaya isu berkenaan tidak dibangkit semula bukan hanya di kawasan ini tetapi juga di Malaysia," katanya yang turut meminta supaya video itu ditarik balik di media sosial bagi mengelak salah faham.

Semalam Harian Metro melaporkan mengenai video tular mesyuarat JMB itu yang mengaitkan isu penggunaan pembesar suara bagi laungan azan di surau berkenaan.

Difahamkan, antara usul yang dicadangan ialah supaya pembesar suara diletakkan di dalam surau serta kelantangan pembesar suara laungan azan direndahkan, selain mencadangkan laungan azan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin pada sidang media hari ini berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan serta menyelesaikan dan menggunakan cara diplomatik bagi selesaikan isu ini.



Disiarkan pada: Mei 16, 2023 @ 9:28pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2023 09:44 PM | Show all posts






Alex (dua dari kanan) bersalaman dengan Muhammad Nasir sambil diperhatikan Ahmad Zakiyuddin (tiga dari kanan) selepas sidang akhbar pada Selasa.


kredit - sinar harian



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.072978 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list