CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penganggur ditahan, dua kenderaan mewah RM180,000 disita, rampas dadah RM42,550

[Copy link]
Post time 16-5-2023 07:02 PM | Show all posts |Read mode
Penganggur ditahan, dua kenderaan mewah RM180,000 disita, rampas dadah RM42,550


BERNAMA



KHAW (dua, kanan) menunjukkan syabu dan heroin yang dirampas dalam dua serbuan di sekitar kawasan Bukit Mertajam pada Sabtu dan Ahad lalu. FOTO Bernama.



Georgetown: Polis menahan seorang lelaki bersama syabu serta heroin bernilai kira-kira RM42,550 dan menyita dua kenderaan mewah bernilai RM180,000 dalam dua serbuan di Bukit Tengah, dekat sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu sebuah premis perniagaan dan menahan seorang lelaki berusia 33 tahun yang berada di atas sebuah motosikal pada 5.25 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut, polis merampas tujuh peket plastik berisi syabu seberat 520 gram(g) bernilai RM20,500 dan hasil soal siasat ke atas lelaki itu, kami menyerbu kawasan parkir sebuah apartment yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi serbuan pertama.

"Polis merampas empat paket heroin seberat 1,820g yang bernilai RM20,050 dalam sebuah kereta dipercayai milik lelaki itu dan berdasarkan siasatan, suspek terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah sejak pertengahan tahun lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, siasatan juga mendapati penganggur itu menjalankan kegiatan pengedaran dadah secara sendirian dengan mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian sindiket sebelum membungkus semula dan mengedar kepada pembelinya.

Khaw berkata, ekoran penahanan lelaki itu, polis menyita tiga kenderaan bernilai RM198,000 termasuk dua kereta mewah bernilai RM180,000.

Katanya, lelaki yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman sehingga 20 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Khaw berkata polis menahan 37 individu kerana positif dadah dalam operasi khas di sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam, dekat sini bermula 12.30 tengah malam hingga 5 pagi semalam.

Beliau berkata, kesemua mereka, 21 lelaki dan 16 wanita yang berusia 20 hingga 40an direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Disiarkan pada: Mei 16, 2023 @ 6:07pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.077916 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list