CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guna kalimah Allah sebagai nama tuhan selain Islam, dianggap hina Islam

[Copy link]
Post time 16-5-2023 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Guna kalimah Allah sebagai nama tuhan selain Islam, dianggap hina Islam


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



DATUK Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.




Georgetown: Mana-mana pihak yang menggunakan kalimah Allah sebagai nama tuhan dalam agama selain Islam, ia dianggap menghina kesucian agama Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata demikian ketika diminta mengulas isu rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah tidak sepatutnya ditarik balik.

"Kita ingin tegaskan semula bahawa isu ini adalah amat berkait rapat dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub dengan jelas di dalam Perlembagaan Malaysia.

"Jadi tidak wajar isu yang sensitif ini disentuh oleh mana-mana pihak dengan apa alasan sekali pun demi memelihara suasana harmoni dalam hubungan antara sesama warganegara yang terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza agama, keturunan dan budaya.

"Malah, mengikut laporan media, peguam kanan Persekutuan berpandangan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah terkhilaf dalam keputusan yang dibuatnya pada 10 Mac 2021 lalu, yang membenarkan kalimah Allah digunakan agama selain Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Wan Salim berkata, isu kalimah Allah berkait dengan undang-undang, justeru ia lebih baik diserah kepada ahlinya dalam mencari penyelesaian yang adil bagi semua pihak berkenaan.

Selain itu, katanya, ia juga perlu juga dirujuk kepada Majlis Raja-raja memandangkan Duli-duli Tuanku adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing manakala Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam di negeri yang tiada raja atau sultan.

"Bagi Pulau Pinang, Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam mesyuarat pada 5 Mei 2008 sudah memutuskan kalimah Allah hendaklah hanya digunakan secara eksklusif bagi agama Islam dan umat Islam sahaja," katanya lagi.

Semalam media melaporkan, kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.

Notis tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lalu.



Disiarkan pada: Mei 16, 2023 @ 6:23pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.424877 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list