CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

[Kedah] Air mineral laku keras akibat gangguan bekalan air

[Copy link]
Post time 16-5-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Air mineral laku keras akibat gangguan bekalan air


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



NORMA menunjukkan rak kosong selepas bekalan air mineral yang dijual di kedainya licin akibat gangguan bekalan air di kawasan itu sejak tiga hari lalu. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Sungai Petani: Jualan air mineral di daerah laris berikutan masalah gangguan bekalan air yang berlaku sejak tiga hari lalu.

Tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar mini di sekitar daerah ini mendapati air mineral habis sejak semalam berikutan orang ramai membeli untuk kegunaan harian.

Peniaga kedai runcit di Taman Ria Jaya, Norma Shaari, 58, berkata meskipun laris dia menjual pada harga biasa dan tidak menghadkan pembelian kerana kasihan dengan pelanggan yang berdepan masalah bekalan air.

Menurutnya, biasanya dia menyimpan antara 40 hingga 50 karton air mineral yang mana saiz kecil mempunyai 24 botol bagi setiap satu manakala 12 botol bersaiz besar.

"Tapi kali ini semuanya habis disebabkan masalah gangguan air. Pemborong pun maklumkan stok air mineral tak ada langsung menyebabkan kedai saya kehabisan bekalan," katanya ketika ditemui di kedainya di sini hari ini.

Menurutnya, bekalan air mula pulih di kawasan itu tetapi hanya boleh digunakan untuk mandi dan membasuh, bukan untuk makan minum kerana airnya keruh.

Peniaga pasar mini yang mahu dikenali sebagai Ah Heng, 50-an berkata, stok air mineral paling laku sejak kelmarin hinggakan ada pelanggan yang membelinya secara borong.

Katanya, namun hari ini bekalan air minuman itu habis dan tidak tahu bila pemborong akan menghantar stok semula.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, setakat ini pemantauan pegawainya mendapati penjualan air mineral di daerah ini terkawal.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna berkaitan kenaikan harga tidak munasabah membabitkan isu kekurangan bekalan air mineral dan air minuman di Sungai Petani.

Katanya, hasil pemantauan oleh pegawai KPDN Sungai Petani mendapati peniaga-peniaga masih menjual pada harga yang berpatutan.

"Bagaimanapun pengguna dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik supaya bekalan air mineral dan air minuman tidak terjejas di pasaran.

"Masalah bekalan air sudah diatasi dan pulih secara berperingkat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Affendi turut menasihatkan peniaga supaya tidak menaikkan harga air mineral dan air minuman dengan harga yang tidak munasabah.

Katanya, sebarang kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga & Antipencatutan 2011.



Disiarkan pada: Mei 16, 2023 @ 3:22pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.486122 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list