View: 1862|Reply: 30
|
Flat Di Johor Terlalu Kotor- Tahi Dan Air Kencing Penuh Dalam Lif, Sampah Terbang Dibuang Dari Tingkat Atas Ke Bawah
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Flat kos rendah di negeri ini dalam keadaan kotor dengan sampah sarap gara-gara ikap segelintir penduduk yang kurang kesedaran sivik.
Tinjauan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini, mendapati ada penduduk membuang sampah dari atas menjadikan tingkat bawah flat seolah-olah menjadi tong sampah terbuka.
Malah ketika wartawan menemubual penduduk di tingkat bawah flat boleh dilihat sampah terbang termasuk cebisan kotak, plastik bungkusan mi segera, botol minuman serta kotak rokok dilontarkan dari tingkat atas.
Foto: Harian Metro
Pesara kerajaan, Roslina Abd Samad, 53, berkata sampah terbang adalah pemandangan biasa di kebanyakan flat termasuk penempatan berkenaan walaupun pelbagai notis peringatan, nasihat serta amaran dikeluarkan jawatankuasa penduduk.
Katanya, kesedaran sivik segelintir penduduk yang rendah serta tidak mahu menerima teguran menjadikan kawasan bawah flat kotor walaupun saban hari dibersihkan tukang sapu.
"Saya sendiri nyaris terkena tin minuman serta bungkusan sampah yang dilontar dari tingkat atas. Pernah juga penduduk di sini menegur namun kami pula dimarahi.
"Lihat sahaja di atas 'awning' (sengkuap) tingkat satu flat ini, penuh dengan sampah sarap yang dibaling penduduk dari tingkat atas, padahal sebelum Aidilfitri lalu ia sudah dibersihkan," katanya ketika ditemui.
Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan flat kos rendah di negeri ini.
Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah, kebanyakan flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif serta dipenuhi pelbagai sampah sarap yang dibuang merata-rata hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.
Dalam pada itu, seorang lagi penduduk PPR Kempas Permai, Abdul Farid Abdul Rashid, 61, turut kecewa dengan sikap penduduk yang tidak mengambil berat aspek kebersihan termasuk ada yang membuang air kecil dan besar di dalam lif.
Katanya, kejadian penduduk membuang air kecil dan besar di dalam lif itu berlaku sebelum Ramadan lalu, selepas dua minggu lif baharu dipasang.
"Sebelum Ramadan lalu, lif di sini, rosak lama dengan penduduk termasuk warga emas daam murid sekolah menderita terpaksa naik turun tangga di flat 17 tingkat ini setiap hari.
"Apabila kerajaan sudah ganti lif baharu sebelum Ramadan lalu, ada pula penduduk tidak bertanggungjawab membuang air kecil dan besar dalam lif sehingga jijik kami hendak guna lif.
"enduduk dan ahli jawatankuasa terpaksa membersihkan air kencing dan najis dewasa itu supaya ia kembali bersih. Sikap pengotor dan jijik sebegini menyebabkan penduduk kecewa dan ralat kerana ia menjejaskan kemudahan dan ketenteraman kami," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by stingergrumpy at 16-5-2023 02:27 PM
Anak jiran aku yg 3 tahun sebut... nak lihat akan budaya,pembawakan nilai rakyat sesebuah negeri atau negara tersebut...lihatler terlebih dahulu pada kepimpinan tertingginyer...
Ah gitewwww |
|
|
|
|
|
|
|
kalau puak2 pengotor ni ko letak mana pon dia tetap kotor
kalau rumah tinggi2 ni mmg senang nya lempar aje ke bawah
kalau rumah taman habis disuruh anaknya berak dlm longkang
elok aje taik nya bergenang2 dlm longkang tu
dibuatnya sumbat naya bak hanggg |
|
|
|
|
|
|
|
dah la miskin, pengotor. sebab tu la aku tak suka hidup dengan golongan B40 ni.. ahgitcheww.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang pengotor ni kau kena track dia. Kena tangkap dia time dia membuang or simpan rekod cctv. Setakat tegur2 secara general x memberi kesan.
Jadi, sila lah, pasang cctv banyak2 dan berkualiti tinggi, untuk tangkap rumah mana. Nak lagi best, kalau dapat tangkap time dia membuang tu, ketuk pintu. Lepastu bagitau akan report polis. Sebelum ni pernah duduk apartment, orang buang kek ngan puntung rokok.
Dapat tangkap, terus tegur time2 tu juga. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah terpaksa masuk PPR desa tun razak dulu
seram wei, tak rasa kat negara mana entah dok dalam tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ppr ni ramai PATI stay situ agaknya. Kalau rumah sendiri mestilah dorang jaga helok, bersih. |
|
|
|
|
|
|
|
yg buang sampah tu, iol blh terima lagi... masalahnya yang kencing berak dalam lif tu pasai pa? rumah korang takda toilet ke? atau sejenis jinjang yg tak pandai guna toilet. jumpa org cmni suruh dia makan balik najis tu...eeeeeeeeeeuuuuwwwwww...
sbb tu la cerita human centipede tu wujud. sesuai ajar org yg suka buang najis sesuka hati. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry sgt tapi mmg betul kan org miskin ni pengotor (tak semua). |
|
|
|
|
|
|
|
Flat itu terlamapau bifoti utk penduduk situ |
|
|
|
|
|
|
|
Purplehaz replied at 16-5-2023 03:42 PM
Ppr ni ramai PATI stay situ agaknya. Kalau rumah sendiri mestilah dorang jaga helok, bersih.
bukan ke ppr ni tak boleh disewakan? takde buat serbuan ke? tarik balik pemilikan rumah dan blacklist? |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat mana pun, kalau flat kos rendah ni mesti bermasalah kebersihan. Tambah pulak ada warga asing. Makin menggila.
Budak foodpanda, grabfood pernah cerita yg sama. Lif mxm tandas awam, tangga hilang tempat pemegang... Pastu dah sampai unit yg oder makanan, selamba je g ambik dgn spender & bra je.
Nak kata bifoti tak mampu beli baju...tp boleh lak oder online food.
Hai la donia! |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sampai bunag air kecil besar... Ni another level punya perangai bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke mereka tinjau flat di Johor. Bukan di kelantan? Kata kelantan je kotor kat malaysia ni. Johor plak paling bersih sebab terpengaruh dengan Singapore. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau cari menantu jangan cari B40 |
|
|
|
|
|
|
|
dah knp lift tu jadi jamban setannnnn???
iols kesian dgn org2 yg terdesak terpaksa duduk situ bergelumang dgn ummah peel serupa duduk negara mundur (berak merata asal lepas) |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya yg suka kencing merata ni org yg mabuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dapat tangkap, terus usir je.. tak payah bagi muka dah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|