CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Tak Mengaku Beri Rasuah RM200 Kepada Inspektor Polis

[Copy link]
Post time 16-5-2023 01:25 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Pengurus sebuah syarikat pembinaan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini, atas pertuduhan memberi rasuah wang tunai RM200 kepada seorang inspektor polis bagi mengelak tindakan kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dua tahun lalu.


Tertuduh Go Seh Po, 54, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan dalam prosiding didengar Hakim Elesabet Paya Wan.


Mengikut pertuduhan dia dituduh memberi suapan wang tunai RM200 kepada Inspektor G Gunaaseellan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya atas kesalahan memandu dalam pengaruh alkohol melebihi kadar yang dibenarkan mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Kesalahan itu didakwa dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di Bandar Jasin Bestari pada 31 Disember 2021, 11.35 pagi.


Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.



Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Syakila Yaacob menjalankan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Nahdan Rengganathan Abdullah.




Hakim menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin, pasport untuk diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM Melaka satu bulan sekali sehingga kes selesai.


Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 Jun depan bagi serahan dokumen.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 15446 Replies : 31
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98662 Replies : 1017
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282585 Replies : 8332
"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain Saidin akhirnya bersuara, sedang gigih jual minyak wangi
maklukpenggoda"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain
Views : 57284 Replies : 124
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49083 Replies : 76
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55281 Replies : 5
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 146957 Replies : 2475
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 191790 Replies : 10011

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.034829 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list