CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1110|Reply: 15

'Kami Dihentam Tapi Orang Atas Lepas Tangan' - Penguat Kuasa PBT

[Copy link]
Post time 16-5-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Kami di bawah kerja teruk tetapi hari-hari dihentam sedangkan orang atasan lepas tangan, kami semua dah penat."


Demikian kata pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu dikenali sebagai Azad meluahkan perasaan selepas sering dipersalahkan dalam isu lambakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang seolah-olah 'kebal'.


Menurutnya, orang ramai tidak faham kerja mereka yang tiada kuasa untuk menangkap mana-mana pemegang kad UNHCR yang menjalankan perniagaan di pasar borong.


Antara penjaja warga asing yang mengambil kesempatan berniaga sayur-sayuran di kaki lima berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur. FOTO Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil




"Tapi kami tuduh tak buat kerja, makan gaji buta dan sebagainya.


"Orang atasan hidup senang-lenang kami yang bekerja keras di bawah ini pula selalu dimaki orang ramai.


"Banyak benda seperti ini berlaku, jika kami masuk dalam (pasar-pasar) hari-hari pun cerita ini tak akan habis kalau tiada tindakan pihak kerajaan," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, operasi penguatkuasaan yang dijalankan hampir setiap hari di pasar-pasar borong dan lokasi tumpuan golongan itu hanya sia-sia berikutan tiada tindakan konkrit diambil oleh kerajaan.


Azad berkata, ada juga antara pemegang kad itu bukan dalam kalangan pelarian sebaliknya terdiri daripada warga Bangladesh yang didakwa membayar sekitar RM2,000 hingga RM3,000 bagi mendapatkan kad UNHCR.


"Mereka sanggup bayar, nak dapatkan (kad UNHCR) itu pun tak susah. Sebab itu bila kita masuk mereka tak takut.


"Kita (PBT) tak ada kuasa untuk tangkap, kami cuma rampas barangan niaga dan mereka tak kisah pun sebab tahu kita tak boleh tangkap pemegang kad UNHCR," katanya.


Menurutnya, perkara itu sering terjadi dan ianya diakui sendiri oleh pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditemubual pihaknya semasa operasi penguatkuasaan.


Menurutnya, tindakan holistik perlu segera diambil kerajaan bagi memastikan masalah lambakan pelarian khususnya etnik Rohingya.


"Mereka menjadi masalah apabila kerajaan ambil tetapi tak beri sokongan.


"Mereka tak boleh bekerja, jadi macam mana nak bagi makan pada keluarga? Terpaksalah menjaja di kaki-kaki lima dan kami pula terpaksa rampas barang niaga mereka.


"Kira baik mereka mencari makan macam ini (menjaja) daripada mencuri atau buat aktiviti jenayah lain, lagi banyak masalah kita," katanya.


Menurutnya, dia dan rakan yang bertugas di PBT sudah buntu mencari jalan menangani isu berkenaan walaupun operasi penguatkuasaan dijalankan hampir setiap hari.


"Kami dah serabut nak hadap benda ini setiap hari, jadi kami minta kerajaan untuk cari jalan penyelesaian segera.


"Bukan kami tentang kerajaan, tidak. Cuma kami minta tolonglah ambil berat isu ini. Pelarian ini bila dah masuk, dia tak akan keluar, jadi kena buat sesuatu untuk pastikan mereka mampu menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 01:34 PM | Show all posts
tutup pejabat UNCHR, ntah apa benda  ntah, selagi wujud pejabat UNCHR ni, selagi tu pelarian datang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada yg beli..adalah deme berniaga...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang atasan tahu. Logik ke orang atasan tak tau? Lambakan yg terpaling tak terkawal. Tak akan selesai isu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 02:04 PM | Show all posts
kesian yg bawah2 ni jadi kambing hitam..same je semua agensi, yg atas senang2 order
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
X paham la citer ni....gomen ckp pati tu suma gomen tanggung mkn berak cangkung 1 hari dekat rm50 satu kepala.....skg ckp pati xde keja x de mkn.....habis tu duit bagi mkn pati hari2 tu pegi mna sebenarnya?

.....mintak gomen tunjuk undang2 mna yg diorg rujuk kt netizen klau pati2 ada kt unhcr x blh tangkap.....dh mcm org bodoh plk org luar buat onar rkyt tempatan plk jd penakut.....yg kt israel puak yahudi menceroboh tembak org palestin xde la plk UN jatuhkan bom nuklear kt israel....grrrrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2023 02:16 PM | Show all posts
bodoh...memang mcm tu lah...apa apa hal sendiri kena tanggung...jadi mesti mau bijak & pintar
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 02:46 PM | Show all posts
schlüsseldienst wien is the best lock unlocking informative site Must visit and get some great knowledge
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sebenarnya dekat orang2 bawahan ni. Xboleh ke buat petisyen atau suruh wartawan tanya dekat PM kita tentang isu ni? Jangan Lepas tangannn
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 03:47 PM | Show all posts
Firenzza replied at 16-5-2023 02:12 PM
X paham la citer ni....gomen ckp pati tu suma gomen tanggung mkn berak cangkung 1 hari dekat rm50 sa ...

ade kes rakyat tempatan yg kena tangkap sbb kacau pemegang kad unchr tu,mmg kebal pemegang kad tu,ada setengah tempat tu pbt xamik tindakan pun sbb penat lg 1 x guna juga rampas barang diorg,takut nt diorg xleh cari makan nt diorg merompak mencuri plak,
kira masalah lambakan pati dan pelarian ni dtg dari kerajaan juga,mmg xleh buat ape la,
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 03:54 PM | Show all posts
yang bos2 atasan ni kebanyakkan nya semua yes man.

bila kena warning dari ahli politaik, lawyer or towkey,
telor dia terus hilang masuk dalam badan  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 03:57 PM | Show all posts
Firenzza replied at 16-5-2023 02:12 PM
X paham la citer ni....gomen ckp pati tu suma gomen tanggung mkn berak cangkung 1 hari dekat rm50 sa ...

orang rohingya ni ada orang bela
yg membela nya konfem la geng2 kartel jugak
geng2 kartel tengok rohingya ni sebagai lubok duit.

itu pasal puak2 ni kebal.
dan org rohingya sendiri pun dah wujud kartel,
untuk jaga bisnes dan illegal aktiviti,
macam abanglong tiger

semua malas nak pening kepala,
asal sogok duit, semua boleh pejam mata
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling mudah, ko lambak je pati dgn pelarian ni kat ofis ngo yg sokong mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 04:18 PM | Show all posts
dah semua berdolak-dalik

last2 rakyat yang jalankan hukuman sendiri

dah la banyak jenayah diorang buat

kerosakan dan kekotoran tak dikira lagi

kera di hutan disusukan
anak di rumah, mati kelaparan


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayuh van putih kidnap
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 04:40 PM | Show all posts
Apa fungsi UNHCR ni pon ntah ler ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54446 Replies : 4
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54459 Replies : 20
"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain Saidin akhirnya bersuara, sedang gigih jual minyak wangi
maklukpenggoda"Kita usaha, bukannya duduk saja", Zain
Views : 57284 Replies : 124
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49083 Replies : 76
Konsert Siti-Judika bak 'muktamar PAS, kerusi takde nombor' mutu penganjuran hauk-sehauknya (level funfair beb)!!!
maklukpenggodaKonsert Siti-Judika bak 'muktamar PA
Views : 10851 Replies : 29
Sindiket 'Counter Setting' masih beroperasi di KLIA, dakwa sumber
AbahmungSindiket 'Counter Setting' masih
Views : 55281 Replies : 5
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 282552 Replies : 8330
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 146957 Replies : 2475
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 191790 Replies : 10011
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2250 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.217045 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list