CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 246|Reply: 0

Peluang Harimau Malaya Perbaiki Sejarah

[Copy link]
Post time 16-5-2023 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Skuad kebangsaan sudahpun mengetahui lawan mereka pada Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar pada Januari tahun depan selepas mereka diundi dalam Kumpulan E.


Dengan status sebagai 'underdog', mereka akan berdepan negara kelahiran jurulatihnya, Kim Pan Gon yang juga juara Asia dua kali, Korea Selatan; serta dua negara 'Pak Arab' masing masing Jordan dan Bahrain.


Jadi, bagaimana rekod pertembungan skuad Harimau Malaya berdepan tiga pasukan ini dan mungkinkah mereka mampu mencipta kejutan pada temasya terbabit?


Kim Pan Gon




Malaysia dan Korea Selatan boleh dianggap berkongsi sejarah bola sepak yang panjang memandangkan pertembungan pertama mereka berlangsung 70 tahun lalu yang menyaksikan Korea Selatan menang 3-2 pada aksi persahabatan.


Menerusi semakan di Internet, mereka berentap dalam 89 pertembungan yang menyaksikan skuad negara menang 20 aksi, seri 21 dan tewas 48 perlawanan.


Kemenangan terbesar Malaysia ke atas Korea Selatan ialah 4-1 yang dilakar ketika aksi Pestabola Merdeka 1969.


Bagaimanapun, kekalahan terbesar skuad negara di tangan 'Taeguk Warriors' adalah pada 1985 dalam aksi Piala Presiden ketika skuad negara dibelasah 6-0.


Bagi pertembungan menentang Jordan yang ketika ini menghuni ranking ke-84 dunia, Malaysia tampak memiliki rekod kurang baik selepas belum pernah menang dalam lima pertembungan.


Malah, pertemuan terakhir pada 2021 menyaksikan Jordan merakam kemenangan besar 4-0 ke atas skuad negara dalam aksi persahabatan.


Sementara itu, Bahrain dan Malaysia seakan ada 'jodoh' selepas sekali lagi bakal bertemu, kali ini di peringkat kumpulan Piala Asia 2023.


Dua pasukan itu sebelum ini berada dalam kumpulan sama pada Kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung tahun lalu di mana skuad negara tewas tipis 2-1 di tangan pasukan di ranking ke-85 dunia itu.


Dua pasukan ini pernah bertemu sebanyak 12 kali dengan Malaysia memenangi dua daripadanya namun dua kemenangan itu adalah pada 1977 dan 1978.


Namun, 10 pertemuan terakhir seakan memberikan petanda anak buah Pan Gon akan sekali lagi berdepan laluan berliku memandangkan Malaysia tidak memenangi sebarang aksi termasuklah tiga kekalahan berturut turut.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.159526 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list