CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 235|Reply: 0

Empat Ditahan Disyaki Kemuka Tuntutan Palsu Penjana 2.0

[Copy link]
Post time 16-5-2023 06:45 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja yang mempunyai butir palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).


Dokumen tuntutan itu membabitkan jumlah kira-kira RM250,000, dikemukakan kepada Perkeso di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana 2.0).






Menurut sumber (SPRM), keempat-empat suspek iaitu dua lelaki dan dua wanita berusia 29 hingga 63 tahun itu dari dua syarikat berbeza, ditahan kira-kira jam 3 petang hari ini, di Kompleks SPRM Terengganu, ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.


Sumber berkata, dua suspek berjawatan pengurus dan seorang lagi adalah pengerusi eksekutif syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran, manakala seorang lagi suspek adalah pemilik syarikat komputer.


"Syarikat yang menjalankan perkhidmatan sumber kemahiran ini dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu kira-kira lebih RM170,000 pada tahun 2020 hingga 2021.


"Syarikat komputer itu pula mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM85,000 pada tahun 2021 hingga 2022," katanya.


Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan tersebut dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Beliau berkata, keempat-empat suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok bagi tujuan permohonan reman.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042765 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list