CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

Orang Awam Tahan Bekas Tahanan POCA Ketika Cuba Ragut Rantai Emas

[Copy link]
Post time 15-5-2023 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Rawang: Tindakan pantas orang awam berjaya menahan seorang penjenayah tegar yang cuba meragut rantai emas seorang wanita dalam kejadian di Jalan Maxwell, Hentian Teksi Pekan Rawang, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 10.32 pagi.


Gambar hiasan.




"Ketika kejadian, mangsa berusia 50-an yang berasal dari Rawang sedang berjalan dari kedai makan di Jalan Maxwell Rawang menuju ke keretanya yang diparkir di tepi jalan.


"Tiba-tiba sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR yang ditunggang oleh seorang lelaki memakai topi keledar dari arah belakang yang meragut rantai emas mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Zainal berkata, ketika suspek cuba melarikan diri, mangsa menjerit dan suaminya yang berada di hadapan berjaya menghalang suspek melarikan diri.


"Tindakan suami mangsa itu menyebabkan suspek terjatuh dari motosikal dan ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


"Mangsa mengalami cedera ringan di bahagian leher akibat kejadian itu dan


menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Selayang," katanya.


Beliau berkata, semakan dilakukan mendapati suspek berusia 27 tahun berkenaan mempunyai 13 rekod jenayah berkaitan ragut dan samun.


"Malah, suspek berkenaan baru dibebaskan daripada tahanan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) pada Mac lalu.


"Suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini hingga 21 Mei nanti selepas mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Selayang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak," katanya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit dalam membantu memberkas suspek dalam kes berkenaan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.063966 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list