CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

[Kedah] Paras air Sungai Muda mula pulih

[Copy link]
Post time 15-5-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Paras air sungai berhampiran Jambatan Merdeka, Kepala Batas yang semakin pulih hari ini - Foto NSTP/ Nur Izzati Mohamad

SUNGAI PETANI: Paras air Sungai Muda yang susut mendadak semalam, kembali pulih hari ini di bahagian Kedah dan Pulau Pinang selepas air dari Empangan Beris di Sik, dilepaskan.

Namun, sehingga jam 11 pagi tadi, kebanyakan nelayan masih menunggu sehingga air sungai naik ke paras normal untuk kembali melakukan aktiviti menangkap ikan dan udang di Sungai Muda.

Pagi tadi, di beberapa bahagian Sungai Muda di sebelah Pulau Pinang, masih boleh kelihatan bahagian yang cetek dan tanah merekah apabila air sungai berkenaan susut sejak semalam.

Pengerusi Persatuan Nelayan Pengkalan Sepit Biru, Pulau Pinang, Mohd Nazri Yaacob, 43, berkata beliau yang mengusahakan perkhidmatan bot sewa Sungai Muda tidak dapat beroperasi sejak semalam, disebabkan air cetek dan kawasan itu dipenuhi lumpur.


Katanya, dia yang mempunyai tujuh bot yang diusahakan bersama rakannya terpaksa menghentikan perkhidmatan itu sementara menunggu sehingga air sungai naik ke paras selamat.

"Tak penah lagi saya tengok kejadian air sungai ini surut sehingga ke bahagian tengah sungai, walaupun sungai ini mempunyai kedalaman hampir 10 meter.

"Yang saya bimbang ialah kehadiran buaya sesat kerana sungai ini luas dan bersambung ke laut," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kejadian paras air surut itu turut membuka rezeki kepada 80 nelayan di Pengkalan Sepit Biru, Permatang Berangan, dekat sini, apabila dapat menangkap banyak ikan air tawar.

Sejak air surut sehingga paras pinggang orang dewasa semalam sehingga keadaan sedikit pulih hari ini, ikan sungai yang dipercayai kekurangan oksigen timbul seperti kaloi, lampam dan ikan patung sekaligus memberi rezeki kepada mereka.

"Hasilnya dapat dijual kepada penduduk kampung. Saya turut berkongsi video air sungai surut kepada rakan supaya mereka tahu banyak ikan.

Penduduk Kampung Permatang Berangan, Shuib Ishak, 74, berkata, sepanjang hidupnya belum pernah dia melihat air Sungai Muda surut sehingga menampakkan beting pasir di bahagian tengah sungai.

Katanya, sungai ini sangat luas dan jika cuaca panas sekali pun tidak pernah surut seperti itu.

"Selalunya ramai nelayan akan datang untuk menangkap ikan dan udang tetapi semalam, masing-masing hanya berada di jeti kerana tidak berani turun ke sungai," katanya.

Di Kepala Batas, Pulau Pinang, paras air Sungai Muda yang surut mendadak pagi semalam membolehkan penduduk Pulau Pinang dan Kedah melihat struktur Jambatan Merdeka buat kali pertama sejak ia dibina tujuh dekad lalu.

Nelayan, Abdul Rahim Awang, 52, berkata dia terkejut apabila jeti nelayan dekat situ dikunjungi orang ramai yang ingin melihat struktur asal jambatan terbabit yang dirasmikan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Katanya, insiden air sungai surut kali ini agak teruk jika hendak dibandingkan pada 2018 sehingga menampakkan struktur binaan jambatan lama.

Katanya, jeti nelayan dekat situ seakan-akan tapak pesta apabila dikunjungi orang ramai yang datang merakamkan gambar jambatan bersejarah bagi masyarakat Pulau Pinang dan Kedah.

Md Khalil Salleh, 55 berkata, stuktur tiang jambatan asal itu mula kelihatan sejak jam 10 pagi semalam sebelum ia tenggelam semula sekitar jam 10 malam tadi selepas paras air kembali pulih.



Kawalan salah satu pintu air terbuka sendiri kerana masalah teknikal selama 11 jam di Lembagan Sungai Muda di sini, menjadi punca penurunan mendadak paras air Sungai Muda -Foto NSTP/DANIAL SAAD

Semalam, kira-kira 251,800 akaun bekalan air di daerah Kuala Muda, Kulim dan sebahagian kawasan Baling terjejas akibat penurunan mendadak paras air Sungai Muda.

Kejadian turut menyebabkan beberapa kawasan sekitar Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan air.
https://www.bharian.com.my/berit ... gai-muda-mula-pulih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.485297 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list