CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek tambak laut Pulau Pinang tidak hapuskan aktiviti perikanan - PIC

[Copy link]
Post time 15-5-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Projek tambak laut Pulau Pinang tidak hapuskan aktiviti perikanan - PIC


Oleh Audrey Dermawan - Mei 15, 2023 @ 1:32pm bhnews@bh.com.my




Gambaran projek tambakan pulau buatan di selatan Pulau Pinang




GEORGETOWN: Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) akan dilaksanakan dengan mengambil kira masa depan dan disesuaikan dengan perubahan iklim dan cabaran lain yang bakal dihadapi.

Menurut Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang (PIC), pembangunan PSI adalah penting kepada ekonomi negeri.

"Projek itu tidak menoktahkan mana-mana kumpulan atau komuniti.

"Ia adalah permulaan baharu bagi Pulau Pinang. Ia adalah projek yang akan memberi peluang untuk membina masa depan yang lebih baik dan ekonomi berdaya tahan untuk generasi selepas kita," katanya hari ini.

PIC berkata, kini, negeri semakin hampir untuk mencapai objektif itu berbanding sebelum ini.

"Selepas lapan tahun berusaha untuk mendapatkan kelulusan berkaitan dan reka bentuk pulau itu, Pulau Pinang perlu bertanggungjawab untuk melihat projek ini dilaksanakan," tambahnya.

Semalam, nelayan dari selatan Pulau Pinang, ahli keluarga dan wakil daripada 20 badan bukan kerajaan mengadakan perhimpunan aman di Pantai Sungai Batu membantah projek berkenaan.

Mereka mendakwa akan meneruskan bantahan selagi projek penambakan dijalankan.

Mereka juga berikrar untuk berarak ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada perdana menteri untuk menolak PSI dan projek penambakan lain yang dirancang di negeri itu.

Mereka juga akan menghantar salinan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Khamis lalu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata Pulau Pinang akan membatalkan pembinaan dua daripada tiga pulau buatan di bawah projek PSI.

Katanya, langkah itu mengecilkan projek PSI kepada 49 peratus, kerana pulau terbesar yang dirancang iaitu Pulau Silikon adalah kira-kira 920 hektar manakala pulau B dan C, masing-masing berukuran kira-kira 560 hektar dan 320 hektar.

Dalam lawatan ke Pulau Pinang baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan membantu kerajaan negeri dengan memperuntukkan dana tambahan bagi projek transit aliran ringan (LRT) George Town-Bayan Lepas dan mengarahkan projek itu dikecilkan.

Bagaimanapun, Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman; Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader dan Pen Mutiara meminta kerajaan negeri untuk membatalkan projek berkenaan dan bukan hanya mengecilkannya.

PIC, turut memberi jaminan bahawa projek PSI tidak akan menghalang nelayan daripda menangkap ikan atau mengancam keselamatan makanan kerana zon menangkap ikan nelayan pantai selatan Pulau Pinang adalah luas, sehingga lapan batu nautika (14.8km) dari pantai.

Ia menjelaskan bahawa nelayan tempatan biasanya akan menangkap ikan di kawasan yang terletak di luar tapak projek.

Katanya, mereka menerima maklumat berkenaan daripada nelayan tempatan dan mengesahkannya dengan melakukan kiraan bot secara fizikal serta imej satelit yang merakam pergerakan bot nelayan di perairan selatan Pulau Pinang.

"Dakwaan pihak tertentu bahawa pembangunan PSI akan memberi kesan kepada perikanan tempatan, nelayan dan negeri-negeri berdekatan, terus diperbesar-besarkan.

"Adalah tidak logik untuk mendakwa bahawa penambakan pulau seluas 920 hektar akan menghapuskan keseluruhan sektor perikanan di kawasan itu.

Ikan dan udang masih akan berada di laut dan penangkapan ikan akan diteruskan," tambahnya.

PIC juga berkata adalah keterlaluan untuk mengatakan projek penambakan di perairan Pulau Pinang akan memberi kesan kepada tempat sejauh Kedah dan Selangor.

Ia berkata langkah-langkah mitigasi akan menghadkan kesan kepada tapak projek berdasarkan penilaian yang disediakan dalam laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang diluluskan.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.071442 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list