CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 11

Solat Dah Sedekah Subuh, Rahsia Air Jagung Amir Raja Lawak Laku Keras

[Copy link]
Post time 15-5-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Amir Raja Lawak mengamalkan solat dan sedekah pada waktu subuh setiap hari sebagai pembuka pintu rezeki terutama dalam bidang perniagaan.


Amir yang mengusahakan perniagaan air jagung sejak 2017 mengakui, dia memulakan harinya dengan mengerjakan amalan seperti solat, berdoa dan bersedekah.


Namun katanya dia hanya mengikut perancangan yang diatur oleh Yang Maha Esa dalam soal rezeki.




Foto: IG




"ermulaan hidup setiap hari pada waktu pagi. Memang betul apabila orang dahulu kata bangun pagi atau subuh, rezeki akan dimurahkan.


"Mungkin ini adalah apa yang saya boleh kongsikan kepada orang ramai. Saya ada juga amalkan membaca doa supaya dimurahkan rezeki. Selain itu, sedekah subuh saya juga diamalkan.


"Selepas solat subuh, saya akan sedekah ke mana-mana tabung atau mereka yang memerlukan. Kalau solat di masjid, saya akan sedekah dalam tabung masjid.


"Sedekah sahaja seberapa banyak yang kita mampu dan niatkan baik-baik," katanya kepada BH Online.




  



Dalam masa masa, Amir menjelaskan, dia turut menghulurkan sumbangan kepada pusat pendidikan atau tahfiz yang berdekatan dengannya.


"Selain masjid, saya juga sedekah ke rumah tahfiz berdekatan termasuk memberikan air jagung untuk pelajar kerana mereka memang sukakannya.


"Cuma, apa saya boleh katakan solat pada pagi setiap hari adalah kuncinya.


"Mungkin amalan dan doa orang ramai juga menjadi pembuka laluan untuk Allah berikan rezeki kepada saya," katanya kepada Berita Harian.




  



Mengulas kelangsungan perniagaan Air Jagung Amirreka HQ, Amir berkata, dia akan sentiasa berusaha mencuba dan mengambil peluang terbaik untuk mengembangkan perniagaannya.


"Kalau dalam perniagaan yang saya usahakan macam biasa sahaja. Saya akan lihat yang mana terbaik, saya akan mengambilnya.


"Orang berniaga ini perlu sentiasa mencuba dan ambil peluang yang terbaik.


"Alhamdulillah, saya bersyukur perniagaan air jagung yang diusahakan sejak enam tahun lalu masih dapat diteruskan sehingga kini," katanya.




  



Ditanya kehidupannya ketika mula terbabit dalam bidang perniagaan, anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu berkata, dia selesa dan lebih tenang.


"Alhamdulillah, kehidupan saya tenang sahaja, lingkungan kenalan juga tidaklah terlalu besar, jadi boleh buat hal sendiri serta tidak terikat dengan orang lain.


"Janji jangan kacau orang dan perlu menjaga hubungan antara satu sama lain, lebih lagi, sebagai peniaga. Apabila saya berniaga tepi jalan, ia membuatkan saya lebih rapat dengan orang ramai," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 01:03 PM | Show all posts
sejujurnya.. pada tekak aku.. air jagung dia sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia masih berkahwin ke? Belum ada anak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ari jumaat tak niaga ke mir? Jumaat lepas lalu depan masjid tmpt dia niaga tu tp takde plak air jagung dia.
Panas2 ni mesti laku, air batu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Omai replied at 15-5-2023 01:03 PM
sejujurnya.. pada tekak aku.. air jagung dia sedap..

Wpun aku tak suke lawak dia . Tp aku doakan dia berjaya dlm air jagung dia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dia bukak bisnes sendiri.
Tak meratap hiba bila takde job
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2023 02:11 PM | Show all posts
heran nape dah bertahun still nak jual pakai khemah tak cari lori pengedar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 02:33 PM | Show all posts
walaupun meols terpaling haters pada lawak & kerjaya lawak tak menjadi heols.... meols tetap kagum & doakan heols sentiasa murah rezeki dan berniaga dengan ikhlas....tak memintak-mintak merayu-rayu drama macam kekawan raja lawak heols yang lain... kuat usaha & rajin.. good luck amir!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
niaga elok elok
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama bertahan air jagung dia ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Air jagung dia ko boleh tambah air sebotol lagi
Manis gila
Haha..iols kalau beli mmg standby sebotol lagi campur
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:35 AM | Show all posts
xpenah rasa lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.083412 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list