CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 2

Suami Pijak Dawai Kokot Berkarat Terus Tak Boleh Jalan, Isteri Kanser Payudara-Resah Nak Sara Anak OKU

[Copy link]
Post time 15-5-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode
SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri dari Bukit Mertajam di sini,sudah tidak dapat lagi bekerja menyara keluarga.


Junaidi Awang Kechik, 48, yang dahulunya bekerja sebagai kru teknikal sebuah syarikat pengurusan majlis kini terlantar akibat serangan kuman pada kaki kiri dua tahun lalu.


“Jika diikutkan saya memang tak jangka jadi begini selepas terpijak dawai kokot berkarat.


“Ketika itu tidak terfikir risikonya sebab ingat hanya luka kecil. Tak sangka jadi melarat sehingga menyebabkan jangkitan kuman dari bawah paras lutut hingga tumit kiri,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Bandar Perda baru-baru ini.


Foto: Kosmo




Menurut bapa kepada tiga anak termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) itu, doktor menyatakan tulang tumitnya terpaksa dibuang kerana jangkitan kuman yang semakin melarat.


“Sekarang tidak boleh aktif sangat, kaki sentiasa berbalut kerana bimbang akan ada luka baharu,” katanya yang turut menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan penglihatan kabur.


Cerita Junaidi, lebih memeritkan, isterinya, Noraniza Ismail, 46, yang mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan bekerja kilang pula disahkan menghidap kanser payudara tahap ketiga tahun lalu.


Sementara itu, Noraniza berkata, meskipun tidak boleh bergerak aktif, dia terpaksa meneruskan kehidupan sambil dibantu anak sulung, Muhamad Fakhrul Izat, 23, menjual mi kari yang diletakkan di beberapa kedai makan sekitar Bandar Perda.


“Mujur ada anak sulung yang sering membantu menghantar mi ke kedai-kedai. Dia juga membantu menguruskan adik-adiknya di rumah.


“Disebabkan kerap mohon cuti kerana menguruskan keluarga, dia dibuang kerja, mungkin tiada rezekinya,” katanya yang menerima bantuan zakat sebanyak RM500 sebulan.


Antara perkara menggusarkan keluarga itu adalah mendapatkan barangan seperti pencuci luka, kapas, kain kasa dan lain-lain keperluan mencuci luka kaki Junaidi.


Selain itu, Junaidi juga memerlukan modal kerana perlu berulang-alik ke Hospital Seberang Jaya serta Klinik Kesihatan Bukit Tengah.


“Anak OKU kami yang berusia tujuh tahun pula memerlukan lampin pakai buang,” katanya.


Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan ke akaun Maybank Noraniza bernombor 1521-0800-8392 atau hubungi talian: 016-515 5659. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 08:18 AM | Show all posts
adui seram la kalau ttba tpijak bnda ntah apa2 ni. smoga dijauhkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:26 AM | Show all posts
kena benda berkarat kn pergi klinik ambil suntikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.050446 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list