View: 429|Reply: 2
|
Tak Tenang Nak Mati Selagi Cucu Tak Berjalan Normal, Atuk Jadi Blogger Kecantikan Tampung Kos Rawatan Cucu
[Copy link]
|
|
Perhatian warganet di China tertumpu pada seorang lelaki warga emas yang menghabiskan masanya mempromosikan alat solek dan produk kecantikan dalam talian demi mengumpul wang untuk kos rawatan cucunya.
Oddity Central melaporkan, Zhu Yunchang, 72, sanggup menjadi blogger kecantikan dan membuat demonstrasi memakai pelbagai jenis produk dan alat solek termasuk krim kecantikan, gincu dan maskara untuk peminatnya di seluruh negara.
Oddity Central
Enam tahun lalu, cucunya, Xiao Jingyan, didiagnosis dengan penyakit yang jarang berlaku dikenali sebagai atrofi otot tulang belakang (SMA) ketika berusia lima tahun dan doktor menjangkakan dia hanya mempunyai kira-kira 18 bulan untuk hidup.
Tetapi, hayat kanak-kanak itu masih panjang, menyebabkan Yunchang berusaha keras mengumpul dana bagi membantu cucunya yang memerlukan ubatan diimport dari Amerika Syarikat (AS) berharga sekitar 700,000 yuan (RM451,313).
Awalnya, Yunchang tidak mengetahui apa-apa tentang produk kecantikan dan awalnya ramai syarikat pengeluar menolak permintaannya mempromosikan barangan mereka kerana merasakan warga emas tidak sesuai menjual alat solek.
Tetapi, perkara itu tidak menghalang lelaki berkenaan, malah dia sanggup pergi sendiri ke kedai kosmetik dan meminta kakitangan mengajarnya tentang produk-produk yang popular di pasaran serta cara penggunaannya.
Oddity Central
Tidak lama selepas dia memulakan penstriman langsung, populariti dalam talian Yunchang mula berkembang dan dia memperoleh gaji lumayan yang cukup untuk menampung keperluan perubatan cucunya.
Walaupun terdapat ramai warganet yang mula menuduh anak perempuannya mengambil kesempatan dan cuba meraih simpati orang ramai untuk mendapatkan wang, lelaki berkenaan tidak mempedulikan kecaman negatif itu dan gigih meneruskan kerjayanya.
“Jika cucu saya boleh berjalan seperti kanak-kanak biasa, saya akan berasa lega apabila saya menutup mata saya,” katanya ketika ditemu bual baru-baru ini.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
mana anak menantu kau? tak kerja? kerja kongkek je ke? ke atok nak mencapai impian memondan dalam diam? ehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat wayang gambaq stardust, robert de niro bawak watak kapten shakespeare. Lama dah gambaq tu dok mein kot wayang dulu2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|