CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 147|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekalan air terjejas, kedai makan tutup awal

[Copy link]
Post time 15-5-2023 10:50 AM | Show all posts |Read mode

Pengguna di daerah Barat Daya mula mengalami masalah bekalan air ekoran paras air Sungai Muda turun mendadak pagi tadi.


BALIK PULAU – Bekalan air di beberapa kawasan di daerah Barat Daya, di sini, mula terjejas susulan paras air Sungai Muda dekat Kepala Batas dilaporkan menurun secara mendadak sejak pagi tadi.

Antara lokasi yang terkesan sejak pukul 4 petang tadi adalah di Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Sungai Ara.

Rata-rata penduduk terutama peniaga makanan dan minuman mula mengambil langkah bersedia termasuk ada yang dikatakan terpaksa menutup awal operasi perniagaan.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) dalam satu kenyataan berkata, berikutan pelaksanaan pelan awal kontingensi PBAPP, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua kini beroperasi pada tahap 60 hingga 65 peratus kerana paras air Sungai Muda telah menurun secara mendadak, pagi tadi.

“LRA ini tidak boleh beroperasi pada tahap 100 peratus untuk menghasilkan kira-kira 1,000 juta liter sehari (JLH) sehingga proses abstraksi air mentah PBAPP dipulihkan semula ke tahap 100 peratus di Muka Sauk Lahar Tiang.

“Ini bererti bahawa pemulihan sepenuh perkhidmatan bekalan air di Negeri Pulau Pinang tertakluk kepada status pemulihan paras air Sungai Muda di Muka Sauk Lahar Tiang,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, LRA Sungai Dua mengeluarkan kira-kira 80 peratus daripada air terawat yang dibekalkan oleh PBAPP di seluruh Pulau Pinang setiap hari.

“Oleh itu, demi keselamatan, para pengguna air di kawasan-kawasan berikut (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan kawasan Selatan Pulau Pinang) dinasihatkan menyimpan air dengan secukupnya untuk penggunaan bermula hari ini sehingga Rabu (17 Mei),” jelasnya.

Terkini, setakat pukul 7 malam tadi, antara kawasan lain yang turut terkesan adalah di daerah Timur Laut dan Seberang Perai. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... minuman-tutup-awal/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056416 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list