CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rizab air mentah empangan Air Itam makin rendah

[Copy link]
Post time 14-5-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk di Air Itam dinasihatkan mengurangkan pengguna air kerana rizab air mentah di empangan Air Itam adalah rendah.



GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) telah diarahkan untuk menyusun semula pelan tindakan bagi memastikan rizab empangan Air Itam yang semakin berkurangan kekal sehingga musim hujan berikutnya pada September depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, beliau telah mengarahkan PBAPP untuk bertindak sedemikan bagi memanjangkan rizab air mentah empangan Air Itam untuk bertahan 120 hari lagi.

Katanya, PBAPP berkemungkinan menguruskan rizab empangan Air Itam untuk bertahan sehingga musim hujan berikutnya sambil mengekalkan perkhidmatan bekalan air yang sewajarnya di Air Itam.

”Kejayaan sebahagian besarnya bergantung kepada dua faktor yang berubah-ubah iaitu hujan di kawasan tadahan air empangan dan penggunaan air harian di Air Itam.

”Untuk meningkatkan kebarangkalian kita untuk berjaya dengan ketara, saya memohon kerjasama daripada warga Air Itam untuk mengurangkan penggunaan air, sila kurangkan penggunaan air anda kerana rizab air mentah empangan Air Itam adalah rendah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, pada tahun ini, kapasiti efektif empangan Air Itam menurun sebanyak 41.4 peratus dari tempoh 1 Januari hingga 9 Mei lalu dan ia berpotensi bertahan selama 120 hari lagi sehingga musim hujan yang dijangkakan pada September depan.

Jelasnya, PBAPP telah melakukan tugas yang baik dalam mengurangkan kawasan liputan bekalan empangan Air Itam untuk merangkumi premis 6,000 pengguna air di Air Itam.

“Ini bermakna pada Mei 2023, hanya kira-kira 6,000 pengguna air bergantung kepada air terawat yang dihasilkan di Air Itam sendiri, berbanding kira-kira 28,948 pengguna pada waktu biasa.

“Penyesuaian ini dilakukan melalui pengepaman strategik lebih banyak air terawat daripada Loji Rawatan Air Sungai Dua untuk sampai kepada pengguna yang tinggal di kawasan sekitar Air Itam.

“Mengurangkan kawasan liputan bekalan membolehkan PBAPP meminimumkan pelepasan harian dari empangan Air Itam dengan ketara,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/05 ... -itam-makin-rendah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.429982 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list