CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 250|Reply: 1

[Kedah] Senang temani suami ziarah kubur isteri pertama

[Copy link]
Post time 14-5-2023 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Tumizah Hitam@Adam, 43, mendapat perhatian di TikTok apabila dia selalu menemani suami, Mohd Fazmi Alwi, 35, menziarah dan membersihkan kubur arwah isteri pertamanya, Yushamiza Abdul Yusuf. FOTO IHSAN TUMIZAH.

Sungai Petani: "Pada awalnya memang ada sedikit rasa cemburu tetapi itu dirasai sekejap sahaja dan kini sudah tiada langsung perasaan berkenaan sebaliknya saya senang menemani suami ke kubur 'madu' saya," kata tukang jahit Tumizah Hitam@Adam, 43, yang mendapat perhatian di TikTok apabila dia selalu menemani suami, Mohd Fazmi Alwi, 35, menziarah dan membersihkan kubur arwah isteri pertamanya, Yushamiza Abdul Yusuf.

Perkongsian Tumizah di akaun sosial itu mendapat perhatian apabila rata-rata netizen memujinya yang selalu menemani suami selain ada juga yang selalu bertanya mengenai perasaan ketika ke kubur isteri pertama suami.

Tumizah berkata, dia yang juga ibu tunggal empat anak berkahwin dengan suami pada 13 Ogos tahun lalu manakala isteri pertama suaminya meninggal dunia kerana kanser usus lima bulan sebelum itu.

Menurutnya, dia menganggap pertemuan bersama suami yang dikenali di TikTok sebagai rezeki jodoh dan turut mengakui menganggap anak suami dan isteri pertamanya seperti anak sendiri.

"Tipulah kalau saya cakap tiada sedikit pun ada cemburu melihat sayangnya suami pada arwah isteri pertamanya tetapi selepas dinasihati suami, saya faham semua itu bukan masalah pada saya.

"Ini kerana suami juga melayani saya dengan baik dan kasih sayangnya juga tidak berbelah bahagi dan 'madu' saya juga sudah berada di tempat yang terbaik, jadi untuk apa saya cemburu.

"Malah, saya tidak boleh menafikan hubungan kasih sayang suami dan arwah kerana mereka hidup bersama susah dan senang selama enam tahun, jadi bukan mudah suami melupakannya" katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, dia kini selalu menemani Mohd Fazmi menziarahi kubur Yushamiza dan membersihkan kawasan itu setiap kali suaminya cuti dan mempunyai masa terluang.

"Melihat kesetiaan suami, saya percaya dia juga akan bersama saya, sama seperti dilakukan untuk isteri pertama dengan setia menjaga arwah sepanjang sakit hampir empat tahun lalu.

"Saya juga berharap andai satu hari nanti saya pergi dahulu, suami akan lakukan perkara sama seperti apa yang dia lakukan sekarang," katanya yang tinggal di Aman Jaya, di sini.

Sementara itu, Mohd Fazmi berkata, dia bersyukur Tumizah seorang yang memahami dan tidak pernah melarangnya ke kubur arwah isteri pertama, malah bersedia membantu membersihkan kubur.

"Kedua-duanya isteri saya dan mereka ada tempat sama di hati saya. Saya selalu nasihatkan Tumizah yang dia tidak perlu berasa cemburu kerana arwah sudah tiada dan kami hanya melawat kuburnya.

"Rasa kasih sayang saya tidak berbelah bahagi untuk Tumizah. Insya-Allah saya akan menjaganya dengan baik sampai bila-bila," katanya.

Menurutnya, sepanjang hampir empat tahun arwah Yushamiza berjuang melawan penyakitnya, dia yang selalu menemani dan menjaga wanita itu.

"Kalau arwah masuk hopsital, saya akan mengambil cuti untuk menjaganya. Insya-Allah selagi berdaya, saya akan menziarah kuburnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ubur-isteri-pertama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 07:42 AM | Show all posts
sama la famili arwah makcik weols.

Suami arwah akan datang ziarah kubur arwah, bersama-sama dengan isteri baru. Aman-aman jaa.. Anak-anak arwah pun isteri baru jaga dengan baik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057633 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list