CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

[Kedah] MAQIS serah lima tan ayam kepada Zoo Negara

[Copy link]
Post time 13-5-2023 08:47 PM | Show all posts |Read mode
MAQIS serah lima tan ayam kepada Zoo Negara


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Mei 13, 2023 @ 5:59pm bhnews@bh.com.my




Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan lima tan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara, Jumaat lalu. - Foto ihsan MAQIS




ALOR SETAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), menyerahkan lima tan keratan ayam sejuk beku dari Thailand, hasil rampasan yang sudah dilucut hak kepada Zoo Negara, Jumaat lalu.

MAQIS dalam kenyataannya memaklumkan, keratan ayam dalam 417 kotak itu yang dianggarkan bernilai RM30,000 diserahkan kepada Zoo Negara selepas tindakan penguatkuasaan dilakukan.

Menurut MAQIS, semua hasil rampasan itu dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

MAQIS menyebut, sumbangan keluaran pertanian itu adalah satu daripada cara pelupusan selepas disita dan dilucut hak mengikut tatacara perundangan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"MAQIS terus komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma dan makanan, yang diimport dan dieksport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049403 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list