CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang akan mohon pembenihan awan kedua

[Copy link]
Post time 13-5-2023 08:44 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang akan mohon pembenihan awan kedua


Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 13, 2023 @ 7:43pm bhnews@bh.com.my




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir K Pathmanathan meninjau kerja pembinaan modul rawatan air baharu ‘Pakej 12A’ di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua, Butterworth. - NSTP/DANIAL SAAD




BUTTERWORTH: Pengurusan agihan air dari satu lokasi ke lokasi lain dengan lebih cekap akan membolehkan bekalan air Pulau Pinang bertahan lebih lama melebihi tempoh ditetapkan sebelum ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, menyedari wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat susulan laporan berhubung dua empangan air di negeri itu hanya mampu bertahan antara 40 ke 146 hari.

Katanya, kerajaan negeri berusaha menyusun strategi dan alternatif bagi memanjangkan tempoh berkenaan melalui cara menguruskan pengagihan air dari satu kawasan ke kawasan lain dengan lebih sistematik.

"Sebelum ini ada dimaklumkan paras air (empangan Air Itam) bertahan kira-kira 41 hari lagi dan ini menimbulkan sedikit kerisauan tetapi seperti yang diterangkan sebelum ini, perkara itu tertakluk kepada cara pengurusan pengagihan air.

"Kita gunakan sumber lain iaitu mengambil air dari Bukit Dumbar kemudian disalur dan diagih kepada pengguna berdekatan Air Itam, sekali gus memanjangkan tempoh dalam memastikan bekalan air bertahan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau ditanya berhubung status kadar air di Empangan Air Itam dan Teluk Bahang yang terus menyusut walaupun gelombang pertama pembenihan awan dijalankan pada 2 hingga 4 Mei lalu.

Terdahulu, beliau meninjau kemajuan projek pembangunan infrastruktur air Pakej 12A di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Kon Yeow berkata, kerajaan negeri kini dalam proses memohon pembenihan awan gelombang kedua dapat dilakukan sehingga dua empangan berkenaan mencapai kadar air 50 peratus.

"Gelombang pertama pembenihan awan membuahkan hasil walaupun sedikit, namun sekurang-kurangnya membantu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjarakkan simpanan air supaya boleh terus disalur kepada pengguna.

"Pembenihan awan lalu, hujan di empangan Air Itam setanding satu hari penggunaan manakala Teluk Bahang antara tiga ke lima hari penggunaan.

"Hasilnya ada cuma tidak menaikkan paras sehingga 50 peratus. Hujan semula jadi adalah yang terbaik tetapi faktor cuaca memerlukan pembenihan awan dilakukan lagi," katanya.

Beliau berkata, Badan Kawal Selia Air (BKSA) akan memohon bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi untuk pembenihan awan gelombang kedua.

Laporan sebelum ini menyebut Empangan Air Itam hanya mampu bertahan 40 hari manakala Empangan Teluk Bahang selama 146 hari, susulan cuaca panas ketika ini.

Semakan di laman web PBAPP hari ini mendapati empangan Air Itam merekodkan kadar air 40.2 peratus manakala Teluk Bahang sebanyak 46.8 peratus.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071745 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list