CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 552|Reply: 0

“He’s Strong Guy! - Zul Ariffin Nafi Dakwaan Aaron Aziz Lemah Berlakon Babak Aksi

[Copy link]
Post time 13-5-2023 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin tampil memberi respons terhadap isu hangat membabitkan Aaron Aziz dengan menafikan pelakon lelaki tersebut tidak 'fit' untuk melakonkan babak aksi.


“Saya baru sahaja habis 4 ke 5 hari di set penggambaran buat babak aksi dengan dia (Aaron), so okey saja.


“He’s strong guy! Dia berumur 47 tahun, saya pula 37. Jadi saya dengan dia cuma 10 tahun beza, saya rasa dia kuat dan saiz pun lebih kurang.






“Saya 100kilogram (kg), dia pula mungkin 90kg. Pergerakan dia pun not bad, semuanya lebih kurang. Saya juga ada perlahan sedikit tapi dia buat yang terbaik,” ujar Zul.


Pelakon drama Rindu Awak 200% itu turut menegaskan bahawa Aaron adalah seorang yang kuat. Malah, Zul berharap perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.


“Saya tak tahu isu-isu sebelum itu. Tapi bagi saya, apa yang saya tengok depan mata saya, okey, Alhamdulillah.


“Saya berharap, kalau ada selisih faham harap mereka cari jalan penyelesaian, Insya-Allah. Tapi pengalaman saya dengan dia okey. Dia seorang yang kuat,” tegas Zul lagi.


Mac lalu, hangat isu antara Syamsul Yusof dan hero filem itu mengenai pengguguran Aaron daripada senarai pelakon filem The Original Gangster.


Lebih panas, Syamsul turut mendedahkan punca sebenar nama Aaron digugurkan seperti pihak produksi tidak yakin dengan kondisi kesihatan Aaron.


Filem The Original Gangster diterbitkan oleh Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures dibintangi aktor handalan seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.petang ini.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053897 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list