CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21257|Reply: 107

'Saya Di Sini, Kalian Pergi Cari Malique' – Joe Flizzow

[Copy link]
Post time 13-5-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode
“Saya di sini, kalian pergi cari dia (Malique).”


Itu respons Joe Flizzow menjawab pertanyaan apabila ramai yang menginginkan dia bersatu semula Malique sekali gus menghidupkan semula jenama Too Phat yang pernah menjadi antara pencetus terbesar muzik hip hop negara.


Kata Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak berkata, dia dengan Malique tidak pernah ada sebarang permusuhan atau bad blood cuma kini, haluan mereka berdua berbeza.






“Saya punya 50 peratus, saya dah letak. Selebihnya, terpulanglah saya tak boleh cakap bagi pihak dia.


"Saya pun tak rasa dia (Malique) nak bercakap (tentang perkara ini),” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.


Ujar Joe, 44, dia tidak merasakan Malique ingin berkongsi pentasnya buat masa sekarang.


Bagaimanapun, dia yakin kolaborasi antara mereka boleh tercetus atau bermula menerusi satu rakaman lagu.


“Lebih munasabah kalau kami mula dengan satu lagu. Nak jemput dia berkongsi pentas dengan saya dalam konsert buat seseorang yang dah lama tak ‘perform’ depan khalayak ramai, saya tak rasa dia ingin.


“Saya rasa kalau dia nak buat kemunculan semula sebagai penghibur, saya rasa dia akan buat solo sebagai Malique.


“Dia pun dah bina jenama sendiri sebagai artis solo. Lebih munasabah kalau dia kembali dalam industri sebagai Malique, bukan Too Phat,” ujarnya.


Ditanya sama ada masih berhubung dengan Malique yang sudah lama hilang dari radar dunia muzik, jawab Joe: “Saya dah lama tak jumpa dia. Sejak pandemik dah tak (jumpa atau berhubung).


“Tak pernah ada bad blood antara kami. Saya sekarang sedang usahakan satu projek yang memerlukan kerjasamanya.


“Sebenarnya, tentang Too Phat ada projek akan datang yang saya tak boleh kongsi buat masa sekarang.”






Sekadar info, selepas album kompilasi Too Phat, Too Furious dikeluarkan pada 2007, duo rap itu mengumumkan pembubaran mereka.


Joe bakal mengadakan konsert solo pertamanya, Joe Flizzow – This is Johan Live In Concert selepas 15 tahun bergerak secara solo.


Konsert solo tersebut bakal berlangsung di JioSpace, di sini, pukul 8.30 malam pada 15 Julai depan.


“Walaupun membesar di Subang Jaya, tetapi Petaling Jaya bandar yang sangat dekat dengan jiwa saya,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jambatannetizen at 13-5-2023 03:14 PM

Malique ni cawww dr hidup joe, sbb kena tikam blakang ke chuolsss? Aku dgr cam wife dia hampir kena mole**** dgn 2/3 laki yg naik motor?? Pegi report polis, tapi tak dpt keadilan? siapa upah, kalau betul??? tu sbb dia terus lenyap ek??
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 03:06 PM | Show all posts
yang pasti sejujurnya kaka nak bagitahu... dedua sendu...

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakat malique mmg talent. Sape lahir tahun 70s mesti suka lagu2 dia. Syg hilang!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 03:11 PM | Show all posts
jambatannetizen replied at 13-5-2023 03:06 PM
Malique ni cawww dr hidup joe, sbb kena tikam ke chuolsss? Aku dgr cam wife dia hampir kena mole**** ...

boleh jadi jugak... tengok macam kes sonaone... kena hempuk dek kerabat kena buang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 13-5-2023 03:11 PM
boleh jadi jugak... tengok macam kes sonaone... kena hempuk dek kerabat kena buang...

kes sonaone tu bukan sbb dia tegur sorg perempuan ni ke   hangin la laki tu kot , laki tu suka perempuan tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife cantik tu yg mana? Muka macam aisyah since sinclair tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 13-5-2023 03:19 PM
Wife cantik tu yg mana? Muka macam aisyah since sinclair tu

Melissa maureen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 13-5-2023 03:06 PM
Malique ni cawww dr hidup joe, sbb kena tikam blakang ke chuolsss? Aku dgr cam wife dia hampir kena  ...

Oooo baru tau ada kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rogue98 at 14-5-2023 12:38 AM

Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.
Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi.
Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.

Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.

Credit : Budiey
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 13-5-2023 03:46 PM
Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (beka ...

Baca kes dia ni, mcm kena humiliate ajee . No wonder dia pilih utk lesap teros. tapi sape yg buat??
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
his life is full of mystery. kejadian yg berlaku pun mcm sgt pelik. i kena harass pun polis ok je ambik tindakan agak cepat jugak. kene scam beli telefon bimbit pun terus selesai. adakah kes tu sbnarnya ada tersembunyi perkara lain?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kann... Ada yg tersembunyi dan mystery.. Lepas tu terus dia dan Melissa senyap daei industri.. Aku suka je dia dlm gol & gincu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 13-5-2023 04:02 PM
Baca kes dia ni, mcm kena humiliate ajee . No wonder dia pilih utk lesap teros. tapi sape yg buat? ...

Mcm polis dah di beri arahan kan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen: Bakat malique mmg talent. Sape ...
biar betik 70s? Bukan 90s ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 13-5-2023 03:46 PM
Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (beka ...

Wow statement cold dari joe dan dark history begini adds up ye

Kes macamni ke kita dah boleh start guna #truthwillprevail
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 13-5-2023 03:46 PM
Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (beka ...

Ni first time tau pasal citer ni...
Scaryyyy....
No wonder laa, hilang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita lagi weii kisah2 yg tersembunyi di balik misteri kehilangan malique & wife dia. Lepas dia frust dgn dian sastro dia dah start mengasingkan diri. Mesti lawa inca medina sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nizleen86 replied at 13-5-2023 05:11 PM
Cerita lagi weii kisah2 yg tersembunyi di balik misteri kehilangan malique & wife dia. Lepas dia fru ...

Ke sbb kes berebut perempuan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 13-5-2023 05:17 PM
Ke sbb kes berebut perempuan?

Iols tak tau pulak pasal kes berebut tu. Dgn sapa & perempuan mana yg jd rebutan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.081219 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list