CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95% selesai

[Copy link]
Post time 13-5-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode
PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95% selesai



BERNAMA



GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP



Nibong Tebal: Rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di kesemua enam negeri, kini hampir 95 peratus selesai.

Naib Presiden PKR Chang Lih Kang berkata, proses rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.

"Rundingan kerusi hampir selesai … cuma ada sikit sini sana yang belum selesai, tetapi secara amnya rundingan kerusi berjalan dengan aman dan baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Projek Hebat II, Wau Rocketery Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.



CHANG Lih Kang (dua, kanan) menyampaikan cek replika bernilai RM10,000 kepada Ketua Pasukan Wau Rocketry dari Universiti Sains Malaysia (USM), AVanmitha (tiga, kiri) sebagai sumbangan terhadap Projek Hebat II di Kampus Kejuruteraan USM. Turut sama Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM, Prof Dr Farzad Ismail (kanan). FOTO Bernama

Sementara itu, Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, semua rundingan yang dijalankan diperhalusi dari semasa ke semasa untuk mencapai persefahaman lebih baik sehingga keputusan akhir dapat dimuktamadkan.

"Setiap rundingan berteraskan formula gagasan Kerajaan Perpaduan demi memastikan pembelaan kepada rakyat serta memacu negara ke arah lebih baik, manakala berhubung pembahagian kerusi kita ada perimeter yang ditetapkan," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbukanya di Kepala Batas, semalam.



Disiarkan pada: Mei 13, 2023 @ 1:49pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.095967 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list