CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

[Kedah] Lelaki warga Thailand cuba seleweng minyak diesel ditahan

[Copy link]
Post time 13-5-2023 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga Thailand cuba seleweng minyak diesel ditahan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 13, 2023 @ 12:17pm bhnews@bh.com.my




Pikap yang dipandu lelaki warga Thailand di sekatan jalan raya Jalan Durian Burung yang disita kerana cuba menyeleweng minyak diesel. - Foto KPDN




ALOR SETAR: Seorang lelaki warga Thailand ditahan polis kerana cuba menyeleweng minyak diesel yang diisi dalam tangki tambahan kenderaan pikap yang dipandunya, semalam.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan anggota Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika kenderaan dengan pendaftaran Thailand itu melalui sekatan jalan raya di Durian Burung, sekitar jam 11.45 pagi.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata pemeriksaan menemui 150 liter diesel dalam tangki diubah suai yang disyaki digunakan untuk penyelewengan. Kenderaan pikap itu kemudian disita untuk siasatan lanjut.


Tangki pikap yang diubahsuai untuk menyeleweng diesel. - Foto KPDN

"Anggaran nilai rampasan minyak diesel adalah sebanyak RM323 manakala anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM40,323," katanya dalam kenyataan hari ini.

Affendi berkata, KPDN ingin memberi amaran keras dan menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam sindiket yang membabitkan aktiviti penyelewengan barang-barang kawalan.

Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613).








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.058054 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list