CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

[Kedah] Lelaki maut, motosikal terbabas dalam sawah

[Copy link]
Post time 13-5-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut, motosikal terbabas dalam sawah



Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



MOTOSIKAL Yamaha Y15ZR yang terbabas ke sawah di Jalan Telaga Bata. FOTO ihsan polis




Alor Setar: Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikalnya terbabas ke dalam sawah di Jalan Telaga Bata, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pejabat pertanyaan Trafik Kota Setar menerima maklumat pada jam 6.24 pagi berhubung kemalangan membabitkan motosikal di lokasi kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati Yamaha Y15ZR yang ditunggangi mangsa dari arah Alor Janggus menuju ke Jalan Langgar dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam sawah.

"Penunggang motosikal itu disahkan meninggal di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Disiarkan pada: Mei 13, 2023 @ 12:38pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.054204 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list