Sementara itu, pelakon drama Nora Elena itu juga meluahkan kebimbangan sekiranya dia terlupa untuk menjiwai watak-watak berat dalam drama.
Pun begitu, Ramona tidak menolak setiap tawaran yang datang dan menganggap ia adalah sebuah rezeki untuk dia meneruskan kerjaya dalam dunia hiburan.
"Saya pun dah selesa digelar sebagai pelakon dan bukannya pelawak. Saya risau bila dah lama tak berlakon watak serius kita lupa macam mana nak feel watak-watak berat.
"Tapi saya tidak menolak setiap tawaran yang ada kerana menganggap semuanya adalah satu rezeki.
"Saya pun sebenarnya sangat bersyukur asalkan dapat meneruskan kerjaya. Syukur sangat Alhamdulillah saya tak nak complaint," katanya.
Selain Ramona, Mega Spontan 2023 turut disertai oleh barisan selebriti popular tanah air termasuk Mark Adam, Adlin Aman Ramli, Naim Daniel dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Mega Spontan akan berlangsung selama lapan minggu dan bersiaran secara langsung mulai 19 Mei ini, setiap Jumaat pada pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).
Sumber: mStar