View: 155|Reply: 0
|
Mason sedia untuk terus kendali Tottenham
[Copy link]
|
|
MASON antara calon kendalikan Tottenham. FOTO AFP
London: Ryan Mason menegaskan dia bersedia untuk mengendalikan Tottenham secara tetap selepas Julian Nagelsmann dilaporkan diketepikan daripada senarai calon untuk mengendalikan kelab Liga Perdana itu.
Nagelsmann disebut sebagai calon pilihan Tottenham sejak dipecat oleh Bayern Munich pada Mac.
Apabila Antonio Conte meninggalkan Tottenham dengan persetujuan bersama sejurus selepas penyingkiran dramatik Nagelsmann oleh juara Bundesliga itu, pengendali Jerman itu dijangka akan mengisi kekosongan kelab utara London itu.
Bagaimanapun pengendali berusia 35 tahun itu tidak dipanggil di temu duga untuk jawatan Tottenham, malah namanya tidak tersenarai langsung.
Perkara itu menjadikan pengendali sementara Mason sebagai calon yang berpotensi dan bercakap sebelum berita Nagelsmann itu tersebar, dia menjadikan pengendali Newcastle, Eddie Howe sebagai inspirasi selepas memegang jawatan Bournemouth pada usia yang sama itu 31 tahun.
"Saya sentiasa berkata saya bersedia," kata Mason menjelang lawatan Tottenham ke Aston Villa.
"Saya bersedia untuk masa ini. Saya rasa saya boleh membantu kelab. Itulah perasaan saya dan saya akan kekal dengannya. Itu yang saya rasa sejak kelab memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tanggungjawab ini.
Pengendali Brighton, Roberto De Zerbi, bekas pengendali Sepanyol, Luis Enrique dan bos Feyenoord, Arne Slot antara calon dalam senarai pendek Tottenham.
Kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace hujung minggu lalu adalah kejayaan pertama Mason sebagai pengendali sementara Spurs - selepas membimbing pasukan itu buat kali kedua.
Mason sebelum ini pernah dilantik menjadi pengendali sementara kelab itu pada tahun 2021, dan memenangi empat daripada enam perlawanan Liga Perdana Inggeris
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-kendali-tottenham |
|
|
|
|
|
|
| |
|