CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kontena dari Eropah bawa masuk lebih satu tan pil ecstasy

[Copy link]
Post time 12-5-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Kontena dari Eropah bawa masuk lebih satu tan pil ecstasy


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



ZAZULI (tiga dari kanan) dan pegawainya menunjukkan lebih satu tan pil ecstasy yang dirampas selepas menahan kontena dari Eropah yang berlabuh di pelabuhan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT). FOTO Danial Saad.




Butterworth: Sindiket penyeludupan dadah menyorokkan lebih satu tan pil ecstasy dianggarkan lebih RM78 juta di dalam alat 'Silent Compressor' sebelum dibawa masuk menerusi Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini.

Bagaimanapun kegiatan itu terbongkar selepas pasukan Unit Narkotik Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan sebuah kontena pada 6 Mei lalu.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan berkata, pemeriksaan yang dijalankan menemui 20 unit ' Silent Compressor' (pemampat senyap piston) di dalam kontena yang berasal dari sebuah negara di Eropah.

"Siasatan lanjut kemudian mendapati terdapat lebih 1.063 kilogram (kg) pil ecstasy dengan nilai pasaran dianggarkan berjumlah RM78.039 juta, disembunyikan di dalam sebahagian kompresor itu, yang ruang dalamannya telah diubahsuai.

"Kompresor ini kebiasaannya untuk penggunaan 'water jet' (mesin pancuran air) namun dalam hal ini sindiket menggunakannya sebagai modus operandi bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Cawangan Pendakwaan Kompleks Pencegahan Negeri JKDM di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zazuli berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun dipercayai ejen kontena berkenaan ditahan ketika pemeriksaan dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Siasatan masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti pihak-pihak lain yang terbabit dalam pengimportan dadah secara besar-besaran ini," katanya.

Menurutnya, kejayaan itu adalah rampasan dadah terbesar bagi pasukan JKDM tahun ini dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penyeludupan barangan terlarang supaya melaporkan kepada pihaknya.

Katanya, barangan terbabit khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain berkaitan.




Disiarkan pada: Mei 12, 2023 @ 5:56pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.055111 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list