CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 273|Reply: 3

Terjerat Cinta, Wanita Diperdaya Jadi Keldai Wang 'Kekasih' Warga Nigeria

[Copy link]
Post time 12-5-2023 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita yang jatuh cinta dengan ahli kumpulan penjenayah Nigeria diperdaya menjadi keldai wang untuk membawa keluar hasil penipuan dari Singapura selepas menjalankan penipuan cinta dari Malaysia.


Semalam, warga Singapura, Faridah Rashid, 51, mengaku bersalah atas satu tuduhan berurusan dengan faedah hasil daripada perbuatan jenayah dan dijatuhkan hukuman penjara 18 minggu.


Antara 7 dan 22 Februari 2019, akaun bank Faridah digunakan untuk menerima SGD$65,000 (RM218,469) daripada beberapa mangsa penipuan di Singapura.




Hiasan




Faridah akan mengeluarkan wang berkenaan dan membawanya ke Malaysia untuk diberi kepada Awolola Oladayo Opeyemi.


Faridah adalah warga Singapura kedua yang dikaitkan dengan lelaki Nigeria itu kerana berperanan sebagai keldai wang.


Februari lalu, Suhaili Suparjo, 33, dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan selepas dia mengaku bersalah atas dua tuduhan membantu orang lain melakukan jenayah membabitkan lebih SGD$356,000 (RM1.2 juta).


Suhaili jatuh cinta dengan lelaki sama dan mempunyai anak bersama lelaki terbabit.


Pada Disember 2021, Awolola, yang ketika itu berusia 37 tahun, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Daerah.


Dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan bekerjasama dengan orang lain untuk menerima faedah hasil daripada perbuatan jenayah yang dikaitkan dengan kerugian lebih SGD$550,000 (RM1.8 juta).


Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Jordon Li, berkata bagi kes membabitkan penipuan cinta itu, ia dilakukan dengan penipu mengenali mangsa dan menggunakan identiti palsu menerusi Internet.


Penipu itu kemudian akan memulakan hubungan dengan mangsa untuk meraih kepercayaan mereka, sebelum meminta wang daripada mereka.


Faridah mulanya mengenali Awolola sebagai 'Jerry', yang kemudian menghubungi Faridah dengan mendakwa bahawa 'Jerry' memberikannya nombor Awolola dan mereka mula bersembang di WhatsApp.


Awolola kemudian meminta Faridah untuk memberi butiran akaun banknya dan menyuruh tertuduh mengeluarkan duit yang diterimanya dan menyerahkan kepadanya di Malaysia.


Pada 16 April 2019, polis Malaysia menahan Awolola di Kuala Lumpur dan dibawa ke Singapura untuk didakwa di mahkamah.


Faridah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda hingga SGD$500,000 (RM1.7 juta) atas kesalahannya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
18minggu ja. xsampai 5bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 08:30 PM | Show all posts
kerana terung badan binasa
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Opss ingatkan tahap kesedaran ttg kedai dadah dah tinggi ..salah rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037806 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list