View: 1584|Reply: 14
|
Polis Minta Orang Ramai Tak Cetus Spekulasi Kes Tiktokers Dengan Jiran
[Copy link]
|
|
Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu aduan halangan kacau ganggu membabitkan seorang TikToker dan jirannya di Taman Teras Indah, Maran.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dan telah memanggil TikToker wanita itu bagi tujuan siasatan.
Menurutnya, ia prosedur biasa apabila laporan diterima selepas surat daripada Majlis Daerah Maran yang memintanya hadir untuk berbincang bagi menyelesaikan permasalahan dengan jirannya itu yang ditularkan.
Tangkap layar rakaman video kejadian yang pernah dikongsi wanita terbabit di aplikasi Tiktok. Gambar kanan: Kronologi kejadian yang turut dikongsi wanita berkenaan di laman sosial Facebook
"Kita minta orang ramai tidak membuat spekulasi tentang kejadian ini bagi mengelak salah faham dalam kalangan masyarakat," katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.
Norzamri berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berhubung ketidakpuasan terhadap sesuatu isu perlu menggunakan saluran yang sepatutnya dan bukan terus ditularkan di media sosial.
Sebelum ini, seorang pengguna TikTok berkongsi rakaman video kejadian kemalangan kecil antara kenderaan dipandu dengan kereta milik jiran yang diparkir di tepi jalan di hadapan kediaman mereka.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada 29 April lalu dikatakan punca kepada masalah itu yang didakwa terus berlanjutan hingga dia dipanggil pihak polis.
Kronologi kejadian turut dikongsi wanita tersebut di sebuah akaun Facebook bagi menjelaskan situasi yang berlaku.
Menurut wanita itu, susulan kejadian, jirannya tidak berpuas hati lalu membuat laporan polis.
Mereka membuat laporan polis tentang insiden tersebut dan kedua-duanya telah disaman.
Pada 2 Mei lalu, TikToker tersebut membuat aduan kepada Majlis Daerah Maran untuk menyelesaikan masalah jiran parkir kereta di tepi jalan dan menanam pokok yang didakwa telah menimbulkan kacau ganggu.
Pihak majlis dikatakan datang membuat tinjauan di lokasi dan telah menyerahkan surat untuk hadir pada sesi perjumpaan bagi berbincang untuk menyelesaikan kes tersebut.
Beberapa hari kemudian, wanita itu mendakwa ada membuat panggilan kepada majlis untuk tindakan susulan namun tiada jawapan kerana pegawai terlibat bercuti.
Sehinggalah pada 9 Mei lalu dia mendakwa menerima panggilan daripada pihak polis untuk siasatan.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Sesapa follow cerita ni mesti rasa jiran tu ada kabel kuat dlm majlis |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 12-5-2023 02:21 PM
Sesapa follow cerita ni mesti rasa jiran tu ada kabel kuat dlm majlis
Kan.. boleh pulak majlis daerah buat aduan ke balai polis ttg beliau. Teruk
Juga tgk pejabat daerah maran kena cuci dgn netizen. |
|
|
|
|
|
|
|
aku antara yng suggest dia buat saluran ke pelbagai agensi,,gila kebal rsnya jiran dia tu..MDM pun siap report polis kat org yg buat aduan..gile laa |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak ios xupdate kes ni, pasai apa ek? |
|
|
|
|
|
|
|
arasham replied at 12-5-2023 02:39 PM
Kan.. boleh pulak majlis daerah buat aduan ke balai polis ttg beliau. Teruk
Juga tgk pejabat daera ...
Pdhal klu tgk pokok2 atas jln kiri kanan siap pakej lukis petak parking sendiri atas jln, majlis patutnya xperlu masa lama nk amik tindakan.
Ni majlis wat senyap je.
Mmg patut netizen maki mdm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
sama je kat mana2 pun kalau ada kabel majlis. sapa suruh taknak keje gomen kata makcik2 yg tiap2 pegi umrah depan rumah bersusun alphard bila anak2 dan cucu balik beraya. |
|
|
|
|
|
|
|
iols follow kes ni.. memula ingat dia saja nak create issues.. tapi asyik la lalu kat fyp iols je... sampai part dia kene panggil polis sbb MDM buat report balik pasal pengadu ni...
tt ni dah cuma folo saluran yg betul tapi aduannya x diendahkan.. netizen pun duk advice suh report terus ke sispa dan panjangkan ke sprm putrajaya.
ade update terbaru ke lepas dia pi balai utk bagi statement tu? iols x sempat scroll lagi.. busy benor.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah biasalah, bila buat laporan ke jab penguatkuasa, buat2 pekak, bila dah viral kat socmed, samada baru nak amik tindakan atau amik tindakan pada yg viral...pastu warning public, jangan buat andaian... |
|
|
|
|
|
|
|
Buat je spekulasi. Supaya pelbagai pihak cepat buat kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
bulan_gerhana replied at 12-5-2023 03:26 PM
iols follow kes ni.. memula ingat dia saja nak create issues.. tapi asyik la lalu kat fyp iols je... ...
Knp mdm buar report polis? |
|
|
|
|
|
|
|
Norzamri berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berhubung ketidakpuasan terhadap sesuatu isu perlu menggunakan saluran yang sepatutnya dan bukan terus ditularkan di media sosial.
Nope. Once happen to me. Dah ikut saluran yang betul, senyapkan aja. Call tak berangkat, email entah tahun bila punya tak valid. Website lagi la. Bila dah bising, ugut sikit nak viral, baru jalan. Ada bagusnya bila viralkan perkara macam ni, baru panas punggung yang terlibat. |
|
|
|
|
|
|
|
iols x folo, jirannya tu tanam pokok+parking tepi rumah dia ke? yg tembok oren tu rumah pengadu?
siannya laa dapat jiran camni, dpt plak majlis daerah bingai pekat sama naik dgn jiran. stress hidip |
|
|
|
|
|
|
|
isseliparjepun replied at 12-5-2023 07:39 PM
Norzamri berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berhubung ketidakpuasan terhadap se ...
Betul² tue kak.. yg jadi bos² tue nak jaga air muka dia semata. Tue psl kalau report apa² susah nak jalan sgt unless viralkan. . |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai yg bercuti tu, kalau baloq sangat nak buat keja...alang² dah bercuti bg je cuti foreva. |
|
|
|
|
|
|
| |
|