CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

[Kedah] Langkawi sudah bersedia jadi tuan rumah LIMA '23

[Copy link]
Post time 12-5-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Langkawi sudah bersedia jadi tuan rumah LIMA '23


Oleh Hamzah Osman - Mei 12, 2023 @ 11:03am bhnews@bh.com.my




Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin (kanan) menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Aidilfitri 'BestWey' di pekarangan Kompleks LADA, Langkawi. NSTP/Hamzah Osman




LANGKAWI: Langkawi sudah bersedia sepenuhnya untuk menjadi tuan rumah kepada acara berprestij Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang bermula 23 Mei ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, berkata kerja menaik taraf Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) selaku tempat utama pameran sudah siap mengikut jadual.

"Projek menaik taraf MIEC dari segi sistem mekanikal dan elektrikal telah siap sejak 13 April lalu iaitu mengikut jadual ditetapkan dengan kos keseluruhan mencecah RM45 juta.

"Sehubungan itu, dewan pameran sudah berfungsi dengan baik dan sedia untuk digunakan untuk penganjuran LIMA '23," katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri 'BestWey' di pekarangan Kompleks LADA di sini, semalam.

Wan Kamarul Faisal berkata, antara skop kerja menaik taraf MIEC ialah menaik taraf sistem pendingin hawa, penukaran sistem elektrik, selain beberapa kerja peningkatan infrastruktur bagi kemudahan parkir.

"LADA mendapati kerja-kerja membina kios dalam MIEC juga telah bermula dan kini diperhebatkan oleh kontraktor yang dilantik penganjur, Alpine Solutions Sdn Bhd (Alpine).

"Selain itu, LADA selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kebersihan LIMA '23 kini giat menyelaras persediaan tapak bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam memastikan kemeriahan acara itu," katanya.

Beliau berkata, sebagai contohnya, kita telah melantik petugas khas untuk mengutip sampah di lokasi panas di sekitar pulau ini, selain meningkatkan tahap kesedaran pengunjung tempatan dan asing dalam menjaga kebersihan.

LIMA '23 akan berlangsung di pulau ini mulai 23 hingga 27 Mei ini, dijangka menarik sekurang-kurangnya 600 syarikat pempamer membabitkan 20 negara.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.499522 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list