CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

[Perlis] Prosiding kes tuntutan palsu Azlan Man dipindah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 12-5-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Prosiding kes tuntutan palsu Azlan Man dipindah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Datuk Seri Azlan Man (tengah).




Kangar: Prosiding lima kes tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta membabitkan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 9 Jun hadapan akan dilaksanakan di hadapan Hakim Azura Alwi dengan menggabungkan lima lagi pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.06 juta.

Permohonan pemindahan kes berkenaan diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rehab Abdul Shukur mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) di hadapan Hakim Norsalha Hamzah ketika prosiding sesi sebutan semula kes berkenaan.

Azlan, 64, yang diwakili Burhanudeen Abdul Wahid dan Ramli Shariff turut hadir dalam prosiding berkenaan.

Burhanudeen dan Ramli bagaimanapun tidak membantah permohonan pemindahan prosiding kes berkenaan.

Terdahulu, Azlan yang hadir ke mahkamah pada 9 pagi kelihatan tenang dan ceria sambil ditemani peguam dan beberapa penyokongnya.

Azlan dilihat sempat menunjukkan isyarat bagus sambil mengangkat tangan kepada pemberita dan jurugambar yang hadir membuat liputan kesnya itu.

Pada 10 April lalu, Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta dari 2013 hingga 2017 ketika pentadbirannya sebagai Menteri Besar.

Dua hari kemudian, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu sekali lagi mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.06 juta mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ketika dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.



Disiarkan pada: Mei 12, 2023 @ 10:20am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.049666 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list