CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 1

[Kedah] Saya tiada lagi jawatan dalam GTA

[Copy link]
Post time 12-5-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Saya tiada lagi jawatan dalam GTA


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Mei 12, 2023 @ 10:12am hifzuddin@bh.com.my




Tun Dr Mahathir Mohamad. - Foto NSTP/Syaharim Abidin




JITRA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam Gerakan Tanah Air (GTA) selepas gabungan itu tewas teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas menyedari GTA tidak mampu dan gagal menarik sokongan pengundi ketika PRU15 lalu.

Jelasnya, beliau kini memilih bergerak sebagai mewakili dan berjuang untuk masyarakat melalui Proklamasi Orang Melayu, selepas tak mahu terbabit dengan mana-mana parti politik.

"Jawatan Pengerusi GTA itu perkara lama, saya tidak ada (sebarang jawatan) lagi. (Penubuhan) GTA tidak jadi, ia tidak membantu kita (menang PRU15) kerana ia parti politik.

"Kita dapati kalau bergerak sebagai parti, kita tidak boleh menang, kita sudah lawan dalam PRU15, GTA dan PEJUANG (Parti Pejuang Tanah Air) kalah 125 kerusi.

"GTA kita tidak dapat daftar, GTA tak dapat berfungsi (sebagai parti politik) dan tidak dapat bergerak," katanya selepas hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, malam tadi.

Dr Mahathir pada Februari lalu, mengumumkan keluar PEJUANG bersama 12 ahli lain berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan bersama GTA, namun kekal sebagai Pengerusi GTA.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan, Proklamasi Orang Melayu dilihat mampu memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang nasib mereka yang dilihat kehilangan kuasa di negara sendiri.

Katanya, jika penyatuan dalam kalangan orang Melayu tidak dicapai, maka kedudukan kaum itu akan semakin terhakis dari hari ke hari.

"Proklamasi Orang Melayu adalah perjuangan bagi mengingatkan orang Melayu agar tidak leka, tidak jual tanah mereka, tuntut kembali hak mereka. Sepatutnya kita mampu berdiri tapi ramai orang Melayu masih miskin.

"Jika orang Melayu tidak sedar perkara ini dan biarkan negara dipimpin mereka yang mencuri dan merompak, orang Melayu akan terus ketinggalan," katanya.



Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) pada sidang media Majlis Jamuan Aidilfitri Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Homestay Mak Teh Kampung Naga, Jitra, malam tadi. - Foto NSTP/Syaharim Abidin

'Kalau Anwar boleh buktikan saya ada RM1 bilion, separuh saya beri padanya'
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir sekali lagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan dakwaan beliau memiliki sejumlah wang seperti yang didakwa Perdana Menteri ke-10 itu.

Bahkan, bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu secara berseloroh berkata, sekiranya Anwar mampu berbuat demikian, separuh daripada wang berkenaan akan diberikan kepada Ahli Parlimen Tambun itu.

"(Atas) sebab (tuduhan) itu, saya cabar Anwar, kalau (dia dapat) jumpa RM1 bilion (yang dikatakan) duit (yang ada kepada) saya, saya (akan) bagi dia separuh (daripada amaun itu).

"(Berkaitan) bekas pemimpin (yang didakwa kaut keuntungan), dia cabar buat apa, dulu dia 'ex-Malay leader' juga, (saya rasa) dia patut isytihar dia punya harta dahulu… bagi contoh dan dia bagi (cabaran itu) kepada semua orang.

"(Paling utama ketika ini) beliau tidak payah suruh orang lain, jawab (dan buktikan dahulu) tuduhan kononnya saya ada berbilion (ringgit), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) ada berbilion, ada jet dan sebagainya, tunjuk (kepada umum)," katanya.

Pada 6 Mei lalu, Anwar mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.

Jelas Anwar, ini kerana pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat hanya mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan keluarga ketika pentadbiran masing-masing.

Namun, apabila mereka tidak lagi berkuasa, isu membabitkan penyatuan serta kekuatan orang Melayu baru dibangkitkan dan diperjuangkan individu berkenaan.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2023 10:41 AM | Show all posts
duduk je la kt rumah. tak yah terlibat dgn politik.
atok dah x relevan pun skrg ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 1.818086 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list