CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 170|Reply: 1

[Pulau Pinang] Ponteng kerja sebab khidmat urutan seks

[Copy link]
Post time 11-5-2023 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Ponteng kerja sebab khidmat urutan seks


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



PENGUAT kuasa terbabit Op Noda memeriksa premis yang disyaki menjalankan khidmat urutan seks di Pulau Pinang. FOTO Zuhainy Zulkiffli.




Georgetown: Tiga penjawat awam antara empat lelaki yang ditahan hari ini kerana disyaki berkhalwat dengan wanita yang menawarkan khidmat urutan seks.

Mereka yang berusia antara 30 hingga 45 tahun dan berstatus suami orang ditahan di 10 premis sekitar pusat bandar dan Butterworth yang diserbu dalam operasi Op Noda bermula 3 petang hingga 7 malam.

Ketua Unit Operasi bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Mohd Azizon Noordin berkata, turut ditahan seorang wanita yang menawarkan khidmat urutan seks.

Katanya, operasi itu digerakkan selepas pihaknya melakukan risikan susulan aduan daripada isteri yang mendakwa suami mereka terbabit kegiatan tidak bermoral.

"Hasil serbuan mendapati kesemua mereka dipercayai menerima khidmat seks di premis yang berselindung di sebalik pusat urutan tradisional.

"Lebih mengejutkan ada penjawat awam yang meninggalkan pejabat ketika waktu bekerja, semata-mata bagi mendapatkan khidmat berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Mohd Azizon berkata, mereka yang ditahan mendakwa memerlukan khidmat itu untuk menghilangkan penat, manakala siasatan terhadap wanita pula mengaku aktiviti pelacuran itu sebagai sumber pendapatan.

"Namun kita dapati ada juga dalam kalangan mereka yang hanya makan gaji semata-mata daripada tauke premis.

"Biasanya operasi sebegini dibuat pada waktu malam tetapi risikan mendapati modus operandi lelaki hidung belang yang mendapatkan khidmat seks di pusat urut, kini turut berlaku pada waktu siang," katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa pejabat JHEAIPP bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri Pulau Pinang 1996.



Disiarkan pada: Mei 11, 2023 @ 10:38pm












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2023 11:40 PM | Show all posts




Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyoal pekerja pusat urut. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051869 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list