CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ibu dakwa leher anak cedera akibat dibuli ketika pendidikan jasmani

[Copy link]
Post time 11-5-2023 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Ibu dakwa leher anak cedera akibat dibuli ketika pendidikan jasmani


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 11, 2023 @ 6:41pm bhnews@bh.com.my




Murid lelaki Tahun Dua didakwa mengalami kecederaan serius di bahagian leher susulan satu kejadian tidak diingini yang berlaku ketika bermain bola sepak dalam Kelas Pendidikan Jasmani. - Foto tular




GEORGETOWN: Seorang murid lelaki Tahun Dua didakwa mengalami kecederaan serius di bahagian leher susulan satu kejadian tidak diingini yang berlaku ketika bermain bola sepak dalam Kelas Pendidikan Jasmani.

Menerusi perkongsian di Facebook, ibu murid terbabit mendakwa kejadian menimpa anaknya berlaku akibat dibuli rakan sekolahnya.

Bagaimanapun semakan mendapati perkongsian terbabit sudah dipadamkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit, yang mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 6 Mei lalu selepas disebar menerusi media sosial susulan ibu mangsa memuat naik foto kecederaan dialami anaknya.

Katanya, beliau sudah bertemu ibu dan murid berkenaan bagi memberi sokongan emosi, selain mengemaskini maklumat berhubung kejadian, sekali gus mengadakan mesyuarat bersama wakil sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut.

"Kekesalan ditunjukkan semua terhadap kejadian yang menyebabkan kecederaan kepada murid itu yang mana siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kelas Pendidikan Jasmani.

"Justeru, saya memohon supaya tiada sebarang spekulasi dibuat mengenai perkara itu dan yakin semua pihak sudah melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka bagi mencegah kejadian daripada berulang.

"Sekiranya berlaku sebarang masalah disiplin, kerjasama penuh dengan semua pihak berkaitan akan diambil bagi memastikan keselamatan murid, malah mangsa akan terus diberi sokongan apabila dia pulih daripada kecederaan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Chun Kit berkata, murid terbabit didapati menunjukkan perkembangan baik dalam proses pemulihan dan dijangka mampu pulih sepenuhnya.

"Pada masa ini, dia masih dikehendaki memakai pendakap leher dan saya merayu kepada semua pihak termasuk media supaya memberi ruang kepada keluarga berkenaan bagi pulih sepenuhnya," katanya lagi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata pihaknya sedang melakukan semakan berhubung kejadian.

Terdahulu, menerusi perkongsiannya, ibu mangsa mendakwa dia sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah tetapi tidak menerima maklum balas, selain enggan mengambil tindakan terhadap pembuli anaknya.

Ibu mangsa mendakwa, akibat kejadian itu, leher anaknya mengalami kerosakan serius pada vertebra serviks dan otot sehingga menjejaskan bahu dan kakinya (tibia) malah doktor mengesahkan murid itu memerlukan terapi fizikal jangka panjang untuk pulih.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.109953 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list