View: 2172|Reply: 12
|
'Saya Datang Dari Kampung Yang Sangat Ganas' - 3 Kali Nyaris Dibunuh, Mark Adam Pilih Berdamai
[Copy link]
|
|
Biarpun kerugian ratusan ribu ditipu kontraktor pembinaan rumah mentuanya, Mark Adam kekal tenang.
Memetik Kosmo, pengalaman dan kesukaran hidup yang dilalui penyanyi dan komposer di Cebu, Filipina membuatkan dirinya memilih untuk berdamai dengan takdir dan mendapatkan khidmat kontraktor lain.
“Memang ramai bertanya kenapa saya tidak ambil tindakan kepada penipu tersebut. Saya tak mahu kecoh-kecoh. Perkara ini juga jadi pengajaran serta ujian yang kena saya terima.
IG
“Saya datang dari kampung yang sangat ganas. Sejak kecil sudah berdepan kejadian ngeri termasuk nampak orang mati di depan mata. Saya sendiri nyaris tiga kali mahu dibunuh seseorang.
“Jadi sekarang saya mahu ketenangan, enggan memperbesarkan lagi isu tersebut. Biarlah hujung nanti mereka pun kena jawab di akhirat. Sekarang saya dan isteri meneruskan projek rumah itu secara beransur-ansur.
“Ada pihak yang mahu tolong. Apabila ada duit kami beli barang, kemudian mereka buat kerja binaan. Harap-harap dapat disempurnakan tahun ini,” katanya.
Pada masa sama, Mark berharap agar kejadian seperti itu tidak terjadi kepada orang lain.
Meskipun ditipu, ia tidak setanding dengan layanan baik yang diberikan daripada keluarga mentuanya.
“Sekali lagi keluarga mentua bantu dan langsung tak pernah bersungut. Mana nak cari insan sebaik mereka. Sebab itu saya mahu membalas jasa mereka dengan membina kediaman selesa.
“Walaupun ditipu kontraktor, nilai yang saya laburkan tidak setanding dengan kebaikan diberikan kepada saya selama ini,” ujarnya.
Terdahulu, Mark meluahkan rasa terkilan apabila kontraktor yang diamanahkan membina kediaman untuk mentuanya melarikan diri dan kerja pembinaan tersebut terbengkalai.
Sumber: Xtra |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah baca dulu. Mark cerita mak dan pak mertua dia mmg layan dia dgn baik walau masa kawen dulu takde apa2. Bkn semua manusia boleh terima menantu org asing yg pokai dan tak berharta. Alhamdulillah dia tahu membalas jasa. |
|
|
|
|
|
|
|
btw mohon heols jgn berlakon....
watak komedi pun tak kelakar....
dgn pelatnye... choiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni memang baik..
Tengok air muka
Untung isterinya
Cume mula2 tu memang berani la wife dengan keluarga mertua dia terima dia sebab dia orang asing yang tidak ada apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Msti sbb budi bahasa dan rajin bekerja |
|
|
|
|
|
|
|
ingat gi jumpa bakal mertua pakai baju melayu printed KLCC. bagus keluarga mertua tidak memilih darjat dan pangkat
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau warga asing yg baik & menyumbang pd sosio ekonomi negara dan masyarakat patut diterima, bukan seperti parasit Roohiinngyaa yg tak berguna, masuk ke sini di tatang politicians disebabkan lubuk duit tepi.
bila nak hantar balik pendatang2 haram ni semua? bila ditanya, imigresen & kementerian dlm negeri x jawab, minta bukti hantar pulang, tak boleh kongsi pula. |
|
|
|
|
|
|
|
hurmm oklar
tapi boleh tak dia ni menyanyi je
bosan la kalau dia berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
dekat cebu tu memang ganas... kemiskinan pun tinggi...
seram yach...
mujur heshe tak kena hempuk...
btw ko takyah berlakon lah... memang tak best dan tak lawak gittuh...
jadi juri pun tak layak sebenarnya... tu pun berderet dokk panggil jadi juri taraf2 patung cendana atau orang orang je untuk menilai persembahan orang...
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo patutla nampak ikhlas dia jaga pak mertua dia.. pak mertua dia strok ke apa ntah.. bedridden la.. dia jadi malenurse pak mertua dia.. bagusla pandai balas budi.. asal usul dia buat dia sangat menghargai orang sekeliling.. walau tak dikurnia anak walau dah berpuluh tahun kawin.. dia tetap stay dengan wife dia. rupanye sebab kehidupan dulu dia jauh lebih susah. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 11-5-2023 10:41 PM
Dia ni memang baik..
Tengok air muka
Untung isterinya
Tak silap iols dia mengajar vokal sblm ni, sampai hari ni ada lagi studio/kelas vokal dia tu.
Pastu tup2 ada nyanyi dan berlakon juga.
Dia selalu dijemput jd juri tu pun sbb dia cikgu vokal. |
|
|
|
|
|
|
|
iols fan Mark Adam. sbb dia baik sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 13-5-2023 05:51 AM
Tak silap iols dia mengajar vokal sblm ni, sampai hari ni ada lagi studio/kelas vokal dia tu.
Past ...
Ha'ah mmg ada kelas vokal. Even waktu icsyv dia ada ckp peserta tu masuk kelas dia, yg lain tak percaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|