CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

[Pulau Pinang] 1.5 tan abu al-Quran dilupuskan di perairan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 11-5-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode
1.5 tan abu al-Quran dilupuskan di perairan Pulau Pinang


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Dr Shamsul Anuar Nasarah




Georgetown: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melupuskan 1.5 tan abu bahan dan teks al-Quran di perairan negeri hari ini.

Program Pemuliaan (Pelupusan) al-Quran itu membuat pelupusan secara tertib kira-kira 2,750 naskhah al-Quran yang diproses menjadi bongkah abu di kawasan 18 batu nautika dengan kedalaman 18 meter sekitar jam 10.30 pagi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kaedah pemuliaan pelupusan dari semasa ke semasa itu adalah sebahagian daripada usaha 'Ke Arah Sifar al-Quran Tiada Perakuan KDN' .

Katanya, pengumpulan teks dan bahan al-Quran berkenaan adalah menerusi tiga pendekatan iaitu penguatkuasaan, advokasi dan program komuniti (tanggungjawab sosial korporat).

"Menerusi tindakan penguatkuasaan, pengumpulan teks dan bahan al-Quran adalah membabitkan naskah yang didapati tiada perakuan KDN daripada penjual, pengimport atau pengedar di premis jualan, pintu masuk negara atau perniagaan secara dalam talian serta rosak ketika bencana dan usang.

"Manakala menerusi program advokasi seperti 'Jom Exchange Al-Quran (JEQ), pengumpulan al-Quran adalah daripada orang ramai yang menyerah naskah tiada perakuan KDN secara sukarela bagi ditukar dengan al-Quran dengan perakuan KDN," katanya pada sidang media di Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Batu Uban, di sini, hari ini.

Terdahulu, Shamsul Anuar mengikuti proses pelupusan yang dibuat di atas kapal Pasukan Polis Marin (PPM) pada kedudukan kira-kira 3.5 batu nautika selatan Pulau Kendi, dekat sini.

Program berkenaan turut membabitkan beberapa agensi termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Jabatan Mufti Pulau Pinang, Masjid Seberang Perai Selatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengulas lanjut Shamsul Anuar berkata, kesemua abu daripada naskah berkenaan adalah yang dikumpul dari kawasan Pulau Pinang.

Katanya, kaedah pemuliaan itu adalah mengikut Garis Panduan Pelupusan Teks al-Quran yang dikeluarkan KDN melalui Lembaga Pengawalan Pelesenan dan Pencetakan Teks al-Quran (LPPPQ).

"Kita juga mengajak masyarakat bagi bekerjasama dan bertanggungjawab supaya tidak membeli, menjual, mengedar al-Quran yang tiada perakuan KDN.

"Naskah berkenaan perlu diserah kepada mana-mana pejabat Bahagian Penguatkuasaan KDN di seluruh negeri bagi dimuliakan atau dilupuskan mengikut garis panduan ditetapkan," katanya lagi.

Pada 22 Ogos 1992, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MRI) Kali ke-30 memutuskan bahawa al-Quran yang rosak, koyak, tidak lagi boleh dibaca atau bukan rasmi Rasm Uthmani (tidak diperakui KDN) hendaklah dilupuskan dengan tertib dan terkawal melalui proses pendebuan dan pelepasan di laut atau ditanam di tempat tersembunyi bagi mengelak salah faham orang ramai.




Disiarkan pada: Mei 11, 2023 @ 2:47pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.170447 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list