View: 1784|Reply: 15
|
Lepas Rujuk Semula, Linda Dan Beego Jadi Macam Pasangan Baru Bercinta "Cinta Yang Baru Berbanding 10 Tahun Sebelum Ini"
[Copy link]
|
|
Kembali rujuk pada 9 April lalu, Linda Hashim menganggap hubungannya dengan Beego kembali seperti zaman mereka mula bercinta sekitar 10 tahun lalu.
Katanya penceraian yang berlaku membuatkan mereka kembali bermuhasabah diri selain duduk berbincang secara profesional bagi mendalami isi hati masing-masing yang terbuku selama ini.
Foto: IG
Linda berkata, cinta di antara mereka lebih utuh dan tidak akan mensia-siakan peluang kedua ini.
"Selepas kejadian kami banyak muhasabah diri, duduk berbincang selain mengenali hati budi masing-masing... ibarat bercinta semula.
"Cinta yang baru berbanding tempoh 10 tahun sebelum ini," katanya kepada mStar.
Pada Isnin lalu, pasangan ini mengejutkan peminat apabila muncul di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.
Beego pada 27 Mac lalu melafazkan talak satu terhadap Linda namun mengaku kembali rujuk pada 9 April 2023.
Dalam pada itu, Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 43, pula berkata, dia melafazkan talak terhadap isterinya itu ketika mereka hadir untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka.
Bagaimanapun katanya, dia menganggap Linda memfailkan penceraian dan menurut permintaan sebelum melafazkan cerai tanpa berfikir terlebih dahulu.
"Secara teknikal ia kesilapan kami berdua dan ia berlaku secara terburu-buru tanpa saya berfikir panjang.
"Niat isteri untuk perbaiki hubungan kami, jadi saya yang minta dia ke mahkamah untuk proses JKP.
"Saya pula pada satu pagi yang salah... saya datang dan terus lafaz talak. Bila Linda keluar (bilik JKP) dia beritahu tak sangka saya lafaz talak," ujarnya.
Sementara itu, Beego berkata, dia tidak menyangka kes mereka berjaya dihidu pihak media kerana tidak berniat untuk mendedahkan perkara itu kepada umum.
Selama ini juga mereka jarang memaparkan kehidupan sebagai suami isteri di media sosial namun mengambil tempoh edah untuk bertenang sebelum memutuskan kembali rujuk.
"Tempoh itu (edah) kami guna untuk bertenang, supaya dia dan saya boleh beritahu isi hati masing-masing.
"Kami sendiri pun tak mahu perkara ini berlaku... demi kasih sayang kepada pasangan dan anak kami sepakat perbaiki kelemahan diri dan menjadikan perkahwinan kami lebih kuat," katanya.
Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah gitu walaupun dah basi.
Semoga kekal bahagia hingga ke hujung hayat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la, beego pun tak ego dan mengaku salah, linda pun try selamatkan rumahtangga. It takes two to tango, so both of them bagi peluang kt diri masing2 dan tolak ansur sbb tu boleh baik balik. Dalam kes PS-sol atau pismental-shumental salah sorang taknak mengalah tu jadi musuh, ada je nak tunjuk besar kepala. Gasak la kome |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 11-5-2023 02:01 PM
Bagus la, beego pun tak ego dan mengaku salah, linda pun try selamatkan rumahtangga. It takes two to ...
Kes sol, hr sebab ada org ke 3. Payahhh... Yg ni cuma misscommunication gitewww mudah berbaik baiki kesilapan |
|
|
|
|
|
|
|
Ps v sol - x cerai2 dan tuduh menuduh
Apis v shu - da cerai tp saman menyaman
Laki miera lieyana v madu miera lieyana - madu x nk cerai laki dah x mau
Linda v beego - cerai rujuk
Pasni sape lg nk cerai |
|
|
|
|
|
|
|
shida81 replied at 11-5-2023 02:57 PM
Ps v sol - x cerai2 dan tuduh menuduh
Apis v shu - da cerai tp saman menyaman
Laki miera lieyana v m ...
Irma n hubby tgh bermasalah ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
dah romen-romen lettuw lepas gaduh....cam ex officemate meols laki bini...asal gaduh je sampai nak bercerai-berai, drama lari rumah lah, bawak anak lari lah, datang gado-gado kat opis lah.... tibehhh je ngandung, pastu cam belangkas, pastu cycle sama bertekak... rengsek meols ngan kekawan lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak Linda baru meninggal semalam kan.. Salam takziah buat keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 11-5-2023 03:38 PM
Irma n hubby tgh bermasalah ke?
Dari dulu ada sok sek sok sek kat porem ni kan.. Tapi bagaikan diangin lalu..
Biasa gosip kat porem ni 99% betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib la depa dua masih wangi lg hensem n cantik lg. Badan pun maintain lg. Anak2 diorg gegirl semua ye. Biasa la lepas gadoh2 ni biasa romantik balik n hangat balik hubungan. X caye cuba uolls gaduh dgn pasangan masing2..hehe
Bakal dpt baby la depa ni next year klau dah makin bersemut lps rujuk ni. Doakn je la diorg ni pun lepas kawin xde gosip yg bkn2. Aman2 je dgn kluarga diorg. Harap kekal ke jannah la. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 PS dan Solsolsol pun begini... Happy ever after honey honey moon bertiga. Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Piramida replied at 11-5-2023 06:10 PM
Harap2 PS dan Solsolsol pun begini... Happy ever after honey honey moon bertiga. Hihi
Tak semua perempuan boleh terima hidup berkongsi suami |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas gaduh2, sweet2 ehem2.. bakal ler dapat baby baru |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 11-5-2023 03:38 PM
Irma n hubby tgh bermasalah ke?
Kt IG Irma mmg tak ada post pic dia dgn husband. Yg ada just dgn anak2. Tp husband dia ada je ltak pic dorg 1 family gi umrah. Pastu skrg Irma mmg baik dgn grup2 Lufya, Fara Lee, Mawar Karim.
Mgkn tengah ada masalah kot, or maybe laki sheols kawin lg 1 |
|
|
|
|
|
|
| |
|