View: 2318|Reply: 25
|
"Apa Relevannya AJL? Saya Pun Tak Tahu Mengapa Saya Menang,"- Joe Flizzow Pertikai Kaedah Pemarkahan Dan Kreadibiliti Juri
[Copy link]
|
|
Joe Flizzow, 43, mempersoalkan apa relevennya konsep anugerah dan pertandingan nyanyian Anugerah Juara Lagu (AJL).
Penyanyi rap ini menganggap ia hanya membuatkan industri muzik menjadi mundur.
Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak mendakwa AJL yang wujud sejak tahun 80-an adalah sebuah pertandingan yang dicipta oleh pihak stesen televisyen bagi mengalahkan rating pertandingan nyanyian lain, Bintang RTM yang popular pada waktu itu.
Foto: IG
Oleh itu, Joe merasakan konsep pertandingan daripada tahun 80-an sudah tidak lagi relevan untuk diteruskan penganjurannya sehingga ke hari ini.
“Analoginya seperti saya minta kamu pergi ke satu galeri. Saya minta kamu senaraikan rating lukisan mana yang paling bagus. Bagaimana kamu tentukan?
“Mereka ada cara untuk mengadili lagu dan memilih pemenang yang saya sendiri tak tahu bagaimana. Walaupun ketika saya menang AJL, saya pun tak tahu mengapa saya menang.
“Bagi kebanyakan orang, AJL adalah world cup tapi bagi saya ia hanyalah hari Ahad yang biasa. Saya tak pernah memahami konsep pertandingan nyanyian ini. Selepas 30 tahun, adakah ia masih relevan?”katanya kepada Utusan Malaysia.
Bukan itu sahaja, penyanyi Satu Malam Di Temasik itu juga mempertikaikan kaedah pemarkahan dan kreadibiliti juri yang dilantik mengadili pertandingan.
“AJL mengumpulkan banyak penyanyi dan para juri akan mengadili mereka. Sebenarnya, siapa kita untuk mengatakan penyanyi itu lebih baik daripada penyanyi yang lain?
“Ada juri yang tidak pernah mempunyai satu pun lagu hit yang dihasilkan dalam hidup mereka. Siapa mereka untuk cakap seseorang artis itu lebih baik?” tambahnya lagi.
Jika AJL diteruskan bagi memberikan anugerah kepada bakat pemuzik dan komposer di Malaysia, Joe berpendapat sudah masanya kita mempunyai satu anugerah yang benar-benar signifikan, relevan dan tidak membuat industri semakin ke belakang.
“Jika sesuatu pertandingan itu membunuh keseluruhan industri muzik, itu bukan cara yang baik untuk kita hasilkan muzik.
“Kita memerlukan satu majlis anugerah seperti Grammy. Kita tak perlukan artis bertanding sesama sendiri dan tentukan kemenangan antara lagu nasyid dengan lagu rock.
“Bagi saya majlis anugerah terbaik pernah saya hadiri ialah Shout! Awards. Kita ada persembahan daripada artis antarabangsa, Sean Kingston. Anugerah itu juga bersifat inklusif meraikan semua genre muzik dan kaum,”ulasnya.
Kata Joe lagi, dia sebenarnya sudah tawar hati untuk bertanding di AJL. Bahkan penyanyi itu turut mendedahkan pernah penolak pelawaan pihak AJL mencalonkan lagu Alhamdulillah semasa lagu itu terbit pada tahun 2001 bersama-sama Too Phat.
“Waktu itu mereka kata lagu Alhamdulillah adalah peluang sangat besar untuk menang AJL kerana ia lagu hit pada masa itu. Mereka minta untuk kami masuk bertanding AJL.
“Saya kata ‘tidak’ kerana kami bukan penyanyi malam kebudayaan.
“Sebenarnya saya sudah tidak mahu masuk bertanding untuk AJL yang lalu. Tapi pengurus saya kata, pasukan saya sudah berusaha keras untuk lagu Satu Malam Di Temasik. Jadi saya masuk sebab mereka,” katanya.
Untuk info, Joe Flizzow merupakan naib juara bagi AJL ke-37 menerusi lagu Satu Malam di Temasik. Bukan itu sahaja, dia juga pernah dinobatkan sebagai juara AJL ke-29 menerusi lagu Aku Tanya Apa Khabar juga duet bersama SonaOne. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat forum ajl dulu2. Acik2 forum kaitkan dgn kek lumut hijau ...katanya sape beli byk2 kek tu akan dpt tmpt di ajl |
|
|
|
|
|
|
|
ko sekolahkan la team kau yang terhegeh-hegeh jua nak join AJL tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Choiiii kalau kau tak nak masuk, tak payahlah nak masuk. Ramai je artis yang tak nak masuk tapi rileks je tak merempan.
AJL ni bukan platform untuk penyanyi je, tapi untuk composer dan lyricist juga. Dah lah kat Malaysia ni bukan ada sgt award pun untuk mengiktiraf komposer dan penulis lirik ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal kena ban ni....
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
dah tu yang ko gegeh masuk bertanding jugak dah kenapa babi? |
|
|
|
|
|
|
|
ko pegi la masuk kandang babi tu bertanding sapa yang paling babi antara babi2 dalam tu hah babi? |
|
|
|
|
|
|
|
ooo adakah SMDT tu dah jadi his last performance kat AJL? semoga lepasni pergi EMA je kalau menang lagi..kalau |
|
|
|
|
|
|
|
manager suh ko makan taik,ko makan taik la?
ckp je la AJL tu masih lubuk rezeki ko. corporate dinner n private shows mana nak amik hip hop act, so ko bergantung dgn gig2 bodoh or penampilan tv yg xseberapa je la nk idup. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by supernaturalee at 11-5-2023 11:32 AM
aikkk
sape tgk dimensi ajl37 hari tu
bnyk interview preparations back stage, semasa dan slps keputusan
elok je dia menjawab puji pujian bagai masuk ajl utk angkat martabat muzik msia yada2...
ni dh lain pulak
apoooo
mementang la 2x masuk 2x menang
cer klu kalah
harus lain plak ceritanya kan
i like his talent, his song
but this statement mmg contradict dgn ape yg dia ckp sblm2 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada point. Dia tau apa yang jadi. AJL memang tak telus pun. |
|
|
|
|
|
|
|
jujurnya .. ak tau lagu satu malam di temasek sbb AJL. So, give them some credit la bro. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketum ke apa ni...haha... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sampai hati nak cakap tapi kemain berlipat ye leher yang sorang tu hehe. Rasa macam fes time pulak nampak orang leher gitu, selalu perut je.
ekceli, releven atau tak, bersifat subjektif. AJL ni ibarat lubuk untuk media prima dapat duit daripada para penaja etc, dan majlis yang signifikan untuk meraikan penggiat seni, selain aim, abp, seri angkasa apa semua tu la. Yang tak relevan tu ha AME.
bagi meols, ok je kalau diteruskan. Telus atau tidak, u sebagai seorang yang pernah ada pengalaman jadi juri AJL, u rasa telus ke idok? haa gitu. Dan paling penting, AJL ni anugerah yang mengiktiraf karya seni komposer dan penulis lirik. Cuma macam artis yang overshadow melebih2. Tapi tu lah, dia win-win, tanpa penyanyi yang berkualiti atau serasi, lagu tu tak menjadi juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah kenapa johan?
Dah berapa kali join ajl,pernah jadi juri pun kan?
Baru harini nak bising?
Semoga tiket konsert johan ni xde sambutan |
|
|
|
|
|
|
|
dia x syok la tu dpat no. 2 ri tu..time lagu apa khabar dpat juara kemain ko time tu |
|
|
|
|
|
|
|
iols dah lama cakap dah...
cara penjurian pun berubah2 ikut tahun...
semua bergantung siapa yg jadi juri malam tu... ikut selera juri tu la nak buat skema pemarkahan sendiri...
at one time, siap suruh aiman tino tukar lirik lagi... kononnya "too dark"... hahahaha.. what a joke |
|
|
|
|
|
|
|
gambar di kt istana jdt ke tu? the lady pakai baju kurung kuning rambut putih tu zarith sofea ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kuar lg isu nie.. xnk masuk jgn masuk.. klau ko masuk sbb kesian team ko.. diam2 sudah.. bg team ko happy2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|