View: 1443|Reply: 9
|
Bayi Pertama Dengan DNA Tiga Individu Dilahirkan Di UK
[Copy link]
|
|
Bayi yang dilahirkan dengan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) di United Kingdom (UK) menjadi bayi pertama dengan asid deoksiribonukleik (DNA) daripada tiga individu.
Pihak Berkuasa Persenyawaan dan Embriologi Manusia berkata, kurang daripada lima bayi dilahirkan di UK selepas rawatan pendermaan mitokondria pada 20 April tahun ini.
Daily Mail
Matlamat rawatan bagi mengelakkan wanita menyebarkan genetik rosak dalam mitokondria, 'loji janakuasa kecil' seperti batang dalam sel yang membekalkan tenaga dan menghalang kanak-kanak mewarisi keadaan.
Teknik ini membabitkan pemberian bayi IVF kepada seorang wanita dengan DNA daripada tiga orang.
Bayi itu akan mempunyai DNA nuklear daripada ibu dan bapanya yang menentukan ciri-ciri utama seperti personaliti dan warna mata.
Bayi itu juga akan mempunyai sejumlah kecil DNA mitokondria daripada penderma wanita iaitu individu ketiga.
Britain menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan terapi penggantian mitokondria secara rasmi apabila pihak berkuasa memberi kebenaran berhubung perkara itu pada 2017.
Sebelum itu, pada 2015, ahli parlimen dan rakan sejawat membuka jalan kepada perubahan dengan mengundi untuk mengubah Akta Persenyawaan dan Embriologi Manusia, yang menetapkan rang undang-undang untuk penyelidikan dan rawatan kesuburan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Uishhhh x rosak ke nasab budak ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 10-5-2023 09:43 PM
Kalau DNA 'madu' OK tak?
Xok juga…kalau depa dah besar nanti terkawen adik beradik , dpt anak ber penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
X leh gak bro. Camana nak tentu mak sapa kalau hidung rupa madu no 1 telinga capang madu no 4. |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah anak aku ada genetic disorder. Dulu aku pernah jugak terfikir... "tak de ke rawatan yg boleh repair/patch dna/gene/chromosome dia yg tak normal". Tapi bila aku renung2 balik tak mungkin manusia dapat melawan kehendak tuhan. Macam cancer la, punya la banyak jenis rawatan pun masih ramai yg kecundang. |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 10-5-2023 09:11 PM
Uishhhh x rosak ke nasab budak ni???
Kena pilih rosak nasab atau rosak DNA?
Kesimpulan nya jangan membiak kalau tak nak risiko rosak kedua keduanya. |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin: Arwah anak aku ada genetic dis ...
Kalau repair sesama mak ayah,ok la kot. Nak ambil orang ketiga ni susah nak kata kalau tengok sudut agama. |
|
|
|
|
|
|
|
woahhh this is crazy, nanti tak dapat pastikan susur galur keturunan |
|
|
|
|
|
|
|
uh then lepas ni boleh pilih2 la keturunan ekk
nak yg cerdik pandai putih mulus mata ijau biru pepel gicu |
|
|
|
|
|
|
| |
|